Memaparkan catatan dengan label Trilogi . Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Trilogi . Papar semua catatan

Aku dan waktu

Hari bertemu waktu, maka hari bertanyakan pada waktu, "Apakah sandaran mu?". Waktu mendagu, ia tidak menduga apa di sebelah kirinya. Ia tahu ia tepat, ia juga tahu apa mahunya. Maka ia menjawab, "biarlah, Dia jua yang tahu segalanya".

Apakah tatkala ia hadir itu satu musibah? Ia pasti jua satu ilmu dan satu hikmah yang disampaikan pada jalanku.


Aku memejamkan mataku, kadangkala benar belaka bacaan ku. Kadang kala pula aku diselimuti keyakinanku. Di hari aku bertemu, dua tiga nya pula aku terpaksa pergi. Maka aku terdetik, "Aku baru hendak bermula, apakah ia sudah hendak berakhir?".

Pernah ku katakan, "bahkan alam akan memandangmu jika kamu memalingkan pandanganmu dari alam". Aku benar memaksudkan nya. Aku panjat kesyukuran ku, pastinya ia satu perjalanan. Tidak perlu untuk aku persoal pada satunya kerana aku tahu pasti hilang lah misteri kehidupan ku.

Maka aku hadir bertemu waktu dan aku katakan padanya, "jadikan lah aku sandaran mu, moga aku lebih jelas perjalananku". Waktu berkata padaku, "engkau manusia, maka engkau punyai lebih dari apa yang ada padaku, maka harusnya kau berdoa lah untuk satu kebaikan dan berusaha lah pada batasan hajatmu. Apakah tiada yang mendengar sedangkan kau juga tahu Dia kasihi padamu".

Aku tersenyum, maka aku biarkan waktu itu pergi melaksanakan tugasnya. Apakah tatkala ia hadir itu satu musibah? Ia pasti jua satu ilmu dan satu hikmah yang disampaikan pada jalanku. Maka sungguh perlu aku hargainya. Jika kelam pada malamku, pasti mimpi-mimpi indah menantiku.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Realiti kehidupan

Kau halakan mata mu tepat ke arah ku lalu kau mula berkata tentang realiti kehidupan sedangkan hanya pandangan pemerhatian yang menjadi sandaran kata-katamu. Aku tersenyum dan angguk sekali sekala mendengar dengan teliti setiap tutur kata mu.

Apa yang menjadi tanaman akalmu hanya di dalam dunia mu sedangkan engkau dan aku hidup di dunia yang lebih luas kurnianNya.


Selesai engkau berkata-kata, aku lantas memberi pandangan ku yang aku juga percaya ia adalah peganganku. Realiti kehidupan mu itu berada di penghujung akalmu. Akalmu pula hasil rintihan dan keluhan sekelilingmu. Maka ia membentuk satu jaringan kepercayaan mu yang engkau katakan ia adalah realiti kehidupan!

Sungguh aku percaya tiadalah satu ciptaan yang mampu memberitahu ku tentang masa hadapanku. Meskipun banyak ramalan yang telah ku dengar, tetapi aku tolak tanpa banyak bicara kerana aku percaya hanya Dia yang mengetahuinya.

Engkau khabarkan pada ku betapa senangnya kehidupan jika aku berjaya ke menara gading. Maka aku bertanya, "Apakah engkau mampu memberi jaminan kepadaku?". Engkau menjawab itulah realiti kehidupan tentang masa hadapan. Aku ukir senyumanku dan berkata, "Masa hadapan adalah satu kurnia. Maka aku menanti dengan penuh sabar dan hanya Dia yang mengetahuinya. Usahlah kau khabarkan ramalan mu kepadaku kerana sandaran ku hanya Dia". Itulah realiti kehidupan khabaran ku. Apa yang menjadi tanaman akalmu hanya di dalam dunia mu sedangkan engkau dan aku hidup di dunia yang lebih luas kurnianNya.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Kata pendahulu

Kata pendahulu itu bapa. Ia berjalan di depan, maka diikuti oleh anak sulungnya 'tema'. Tema ini menjadi teladan kepada adiknya 'peribadi'.

Kata pendahulu juga luahan, ia berkata, "Hari ini aku sangat gembira!". Tema terdengar seraya berkata dan menokok tambah lagi cerita kegembiraan. Peribadi mengikut teladan abangnya, maka ia berterusan menjadi gembira. Setiap orang yang ditemuinya ia sampaikan berita dan perilaku yang gembira.

Kata pendahulu juga pernah sakit satu ketika, ia menyerang dan menikam-nikam hati sedang hati itu tidak lupa memanjatkan doa. Hati juga punya saudara kiri. Matanya sering membengkak kerana ia terikut-ikutkan nafsu. Tetapi ia tidak pernah pula lupa saudaranya kanan meskipun ketika ia nikmat ia tempis kata-kata saudaranya.

Kata pendahulu berkata lagi, "Dan hari ini aku belajar...". Maka tema pun ikut dan peribadi menjadikan tema sebagai teladan. Mereka terus belajar dan terus mengenal.

Kata pendahulu tidak gemar digelar luahan, maka ia tanam luahan tujuh belas kaki dalamnya selama tujuh hari.

Kata kunci ku pada hari ini: Katakan lah kebaikan dan simpan lah kata keburukan.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Nilai

Aku, engkau, kerusi, meja, pena dan apa saja yang melintasi penglihatanmu lain benar rupanya. Ada yang bulat, berpetak, tinggi, rendah dan cantik. Maka kulihat dari satu sudut pandangan yang besar tentang nilai. Benarlah apa yang aku dengar, "pangkalnya kepada Aku jua".

Aku memandang ke arah seekor kucing dan berkata, "Engkau ciptaan dan aku juga ciptaan, apakah ada bezanya kita?". Maka kucing menjawab, "Tiadalah bezanya kita kecuali pada darjat serta bangsa. Syukurlah engkau dikurniakan akal."

Lalu aku menundukkan kepala tanda tunduknya aku pada pencipta. Kucing memberi hormatnya kepada aku dengan kata-katanya, apakah aku mampu untuk mengangkat kepalaku ke atas. Tidak aku berani mengangkat kepala kerana darjahku dusta.

Aku sandarkan sedikit ilmuku ke sebatang pokok, sedikit ke belakang seekor haiwan. Maka semuanya mendapat kebaikannya. Sungguh aku gembira melihat kedua-duanya. Meskipun kita berbeza, tetapi nilai kita masih sama, kita adalah ciptaan.

Kata kunci ku pada hari ini: Pandanglah sekeliling tanpa kerdipan mata, seterusnya tembusi lah pandangan tanpa pemandangan.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Aku masih ada...

Hidup itu nikmat. Hidup itu rahmat. Hidup itu satu kurniaan. Maka ia satu kesyukuran. Berjalan sebelah mata, terbuka pula masalah dan penyakit. Berjalan tanpa mata, tongkat berkuasa berkata-kata, "Ke tepi, tidak nampak kah engkau orang buta sedang berjalan. Apakah engkau hendak dipukul oleh aku?"

Aku tersenyum lalu memilih haluan sebelah kiri. Kiri tidak bermaya dan rapuh. Tetapi aku tegak berdiri. Kanan itu singgahsana tetapi pendiaminya tongkat dan orang buta. Tidak kuhampiri kerana aku bukan ahlinya.

Saudaraku lahir di dalam suasana. Terpandang kanan intan dan kiri permata, maka aku katakan tunduk kerana itu bukan pangkalnya. Tidaklah engkau lihat kerana ia belum sampai masa. Walaupun engkau meronta aku masih katakan percaya.

Pulanglah di dalam tidurmu dan tawakal lah di dalam jagamu. Berhentilah bergantung, berhentilah tergantung dan berhentilah menggantung. Kerana ke pangkal juga akhirnya.

Aku tahu engkau percaya, maka lafazkan syukur aku masih ada...

Kata kunci ku pada hari ini: Demi dan kerana, dua perkataan tetapi satu pula maksudnya.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Ikatan

Logika itu pembatasan, pembatasan itu engkau, engkau itu simbolika, dan simbolika itu ciptaan. Masih belum sampai ke puncak kerana puncak itu adalah bukti dan nyata. Mahukah kau sertaiku menuju ke puncak? Ia sangat tinggi dan melangkaui pembatasan, maka tanpa rela kau nafikan logika.

Kau sering bermain dengan kata-kata. Kau cuba memahami setiap tutur kata kucing yang engkau bela. Kau terus cuba membaca, membaca dan membaca tetapi kau masih juga tidak faham. Kau masih gigih untuk terus mencuba berhubung dengan kucing kesayanganmu, maka kau bina satu ikatan perhubungan dengannya melalui gerak fizikalnya. Akhirnya kau berjaya memahami kehendaknya. Dari raut wajahnya sehingga ke pergerakan badannya dapat kau fahami. Atas kasih sayangmu juga, kau kongsi makan minum dan tempat tinggalmu.

Sungguh mulia hati engkau. Keinginanmu yang tinggi melangkaui batasan melalui ikatan. Kasih sayang itu pun satu ikatan dan perkongsian juga satu ikatan. Dari ikatan juga terbitnya penglihatan dan kesyukuran. Moga ikatannya erat dan tidak mudah rapuh.

Akan tapi, ikatan itu juga tidak terlepas dari masa. Kerana masa itu terus menelan apa saja yang melaluinya. Apabila tiba masanya, maka ikatan itu terputus dan kau tidak punya lagi apa-apa di sisimu. Di saat itu, hatimu pasti meronta-ronta jika engkau tidak ada ikatan yang hakiki.

Kata kunci ku pada hari ini: Pandanglah dalam tidurmu dan pandanglah dalam kebangkitanmu.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines