Malam sudah berlalu. Aku terjaga dari mimpi ngeri. Tatkala aku menjengah di siang hari, aku pusingkan kedua arah. Apakah aku sudah benar terjaga atau masih lagi nikmati saat bermimpi?
Di sebalik kecacatan dunia masih ada cahaya di satu sudutnya. Sepertiga penduduk kata padaku hanya yang buta yang tidak mampu melihatnya.
Di sebelah ku masih ada dia. Dia tenung anak mata ku membuatku bingung dan terkunci kata-kata. Dia lafaz kan ikrar penuh kesabaran membuatku perlahan-lahan cuba memahaminya. Ingin sekali ku sampaikan segala maksud yang ku pendam selama ini.
Dia masih lagi di situ sambil mengukir senyum sekali sekala. Aku tak mampu memalingkan muka ku kerana aku pasti senyuman nya itu milik ku.
Aku memandang ke atas lantas fikiran ku jauh menghala ke timur. Aku fikir aku yang mencuri ruangnya tetapi yang pasti aku yang dicuri atas dasar kagum dengan sifatnya. Di sebalik kecacatan dunia masih ada cahaya di satu sudutnya. Sepertiga penduduk kata padaku hanya yang buta yang tidak mampu melihatnya. Kini aku mampu tersenyum kerana pada fikirku bukan sahaja aku sudah pulih pandanganku malahan pada sifat pencarianku.
Aku ukir tanpa memandangnya kembali kerana setiap kata tulisku kali ini tidak layak untuk hari esoknya. Maka apakah ada perkhabaran gembira? Adakah aku masih ada dia?




