Di dalam ku sudah hadir jiwamu

Di kala aku dilanda taufan ia masih jua teguh berdiri. Aku memandangnya sepi lalu memulakan bicara ku, "Apakah tujuan mu?". Ia masih jua tersenyum kaku. Sekali sekala ia halakan pandangannya ke langit.

kau juga katakan di sebalik dunia yang fana maka lahir satu dunia dana. Maka apakah kau perlukan pengubatnya kerna kau jua tahu setiap ubat itu pasti pahit rasanya. Manisnya gula buatmu terleka seketika sedang kau terlupa ia suka benar memudaratkan dirimu.


Di satu hari aku tertidur ia duduk di sebelahku. Tangannya menutup mata ku lalu ia letakkan penggantinya. Di ketika aku terjaga maka aku katakan, "apakah ia satu kebenaran atau ia satu dusta?".

Tubuhku masih juga belum memperlihatkan naluri ku. Kadang kala ia perlekeh kata-katanya. Pernah jua ia tuturkan, "engkau hanya pembawa khabar bencana, tidakkah engkau mahukan sesuatu yang lebih baik buatku?".

Di satu sudut ia masih lagi ada di situ. Ia mula bisikkan sesuatu padaku, "untuk berapa malamnya kukatakan padamu apakah aku masih seperti yang di batasan pandangan kau sedangkan sudah ku buktikan lain benar selendang milikku. Atau apakah kau mahu pula melihat pedang ku agar kau bisa takut dengan mimpi-mimpi ngeri ku?".

Aku mengeluh seketika mendengar tuturnya. Apakah aku masih akur dengan desakan penghujahan pahlawan-pahlawan ku?

Aku tahu aku mampu tersenyum gembira dan aku tahu aku mampu termenung tanpa bicara. Ia masih jua di batasan pilihan ku yang pastinya tergantung pada hukum nya. Maka di satu sudut diriku berkata, "kau juga katakan di sebalik dunia yang fana maka lahir satu dunia dana. Maka apakah kau perlukan pengubatnya kerna kau jua tahu setiap ubat itu pasti pahit rasanya. Manisnya gula buatmu terleka seketika sedang kau terlupa ia suka benar memudaratkan dirimu."

Ia masih jua di situ. Ia bingung terlihat telatahku. Seketika aku berkata, "ramai orang tidak suka, maka apakah aku 'ramai orang' sedangkan aku masih jua aku. Di dalam ku ada engkau. Ia cacat tidak sempurna. Maka apakah kau sudi membetul cacat celanya agar bisa kita nikmati saki baki kehidupan bersama. Penghadiran mu bukan suatu kebetulan. Pastinya ada sesuatu yang ku tertinggal pada penglihatanku. Maka kau betulkanlah cermin mataku supaya lebih jelas pandanganku dan moga aku tidak tersesat jalan."

Masih jua ingin aku katakan di dalam ku sudah hadir jiwamu.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Adakah aku masih ada dia?

Malam sudah berlalu. Aku terjaga dari mimpi ngeri. Tatkala aku menjengah di siang hari, aku pusingkan kedua arah. Apakah aku sudah benar terjaga atau masih lagi nikmati saat bermimpi?

Di sebalik kecacatan dunia masih ada cahaya di satu sudutnya. Sepertiga penduduk kata padaku hanya yang buta yang tidak mampu melihatnya.


Di sebelah ku masih ada dia. Dia tenung anak mata ku membuatku bingung dan terkunci kata-kata. Dia lafaz kan ikrar penuh kesabaran membuatku perlahan-lahan cuba memahaminya. Ingin sekali ku sampaikan segala maksud yang ku pendam selama ini.

Dia masih lagi di situ sambil mengukir senyum sekali sekala. Aku tak mampu memalingkan muka ku kerana aku pasti senyuman nya itu milik ku.

Aku memandang ke atas lantas fikiran ku jauh menghala ke timur. Aku fikir aku yang mencuri ruangnya tetapi yang pasti aku yang dicuri atas dasar kagum dengan sifatnya. Di sebalik kecacatan dunia masih ada cahaya di satu sudutnya. Sepertiga penduduk kata padaku hanya yang buta yang tidak mampu melihatnya. Kini aku mampu tersenyum kerana pada fikirku bukan sahaja aku sudah pulih pandanganku malahan pada sifat pencarianku.

Aku ukir tanpa memandangnya kembali kerana setiap kata tulisku kali ini tidak layak untuk hari esoknya. Maka apakah ada perkhabaran gembira? Adakah aku masih ada dia?

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines