Anganku

Di hadirnya aku merintih. Pintu gerbang nan indah kelihatan sepi. Aku menyapu rambutku sambil menghela nafasku. Aku tunduk ke bawah tanpa berlalu pergi.

Buat dia, apakah masih punya ruang buat ku tanpa kau persoal cacat rupa, bahasa dan lagakku?


Di benakku hadir beraneka pertanyaan, ia berbicara apa? siapa? mengapa? Maka aku hentikan itu semua kerna hikmah itu pasti jua satu kurnia. Lalu aku meniti titian hidupku tanpa banyak bicara. Aku hanya berlalu. Itu lebih mudah buatku.

Di anganku ada dia, apakah mimpi hanya semata mimpi? Di dua tiga mimpi ku jua satu alamat. Apabila aku yang dua menepuk di belakang ku, kadangkala aku pinggirkan ia. Aku dan dua ku berbicara dengan naluri. Benarnya jua tidak pasti, yang kutahu ia jua suatu kurnia ilham Pencipta.

Bila mana ilham itu hadir dan berkata, "maka kau hadirkan lah hati mu buat dia", aku tersenyum membuka langkahku meskipun aku tersangat ingin bertanya, "apakah cacatku menjadi perkiraannya". Tanpa kutanya ia jawab kembali, "kau pasti dapat jawapannya, bukankah acap kali ku katakan ia suatu landasan usaha. Maka kau lupakan cacatmu buat nya dan kau berkerja lah kerna dia jua pasti tagihkan nikmat di dunia".

Aku terkedu, menanti pengakhiran persoalan ku tetapi ku tahu semuanya jua terserah padaku. Buat dia, apakah masih punya ruang buat ku tanpa kau persoal cacat rupa, bahasa dan lagakku? Aku hanya mampu membawa kasihku dan sedikit kurnia buatmu. Maka di landasan usaha ku pastikan segalanya yang terbaik buatmu.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Khabaran hati ku

Aku membawa khabaran hatiku. Hatiku punya perisai lindungi makamnya dan ia jua punya tombak menepis sangka musuhnya. Di satu ketika ia duduk, ia terus bertahan. Maka ketakutan lantas bersuara, "Apakah kau menerima kunjunganku?". Hati bertanya pula, "Apa kah kebaikan yang dibawa mu?". Ketakutan diam dan berlalu pergi.

Aku yakini sudahnya. Duduk dan diamku jua masih tidak nyata. Ia terus memusingkan kata ku.


Ketakutan memandang gadisku, dia punya suara, dia punya keyakinan dan dia jua punya pentas. Ketakutan bertanya, "Apakah kesanggupan mu?"

Gadis berkata, "Aku memanggilmu sebagai perisai ku. Maka kau jagai lah aku agar aku terlepas dari buasan bencana. Aku mula bicara jua dengan hatiku. Hati ku lemah, hati ku sayu tatkala ia sudah bermukim di suatu takhta. Aku yakini sudahnya. Duduk dan diamku jua masih tidak nyata. Ia terus memusingkan kata ku. Maka kau hadirlah mengiringi ku. Pasti balasan nya baik jua akhirnya".

Hati ku terdengar bicara gadis. Ia khabarkan padaku. Aku tersenyum, aku mengerti dan aku kasihi. Sungguh jika naluri ku mampu membisik kan kata kasih ku pada mu, aku percaya lena tidurmu dibasahi hujan rasa ku.

Maka aku memejamkan mata, moga ia terus subur membina jambatanku.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Aku suka kamu

"Bangga benar kau menyatakan jalan yang dipilihmu. Sedangkan kau tidak mengetahui kebenaran atau kesesatan yang akan berada di hadapanmu. Bisakah kau memperjudikan seluruh jiwamu di jalan itu? Yakinkah kau tongkat yang diminta hulurannya olehmu adalah yang paling selesa untuk kau menongkat dan meneruskan perjalanan? Aku masih ingin terus bertanya."
- Tanpa nama

Tetapi jika bidara melangkaui akal batasanmu maka ia lahir hukum kepercayaan. Sebagaimana percaya ku wujudnya Yang Maha Kuasa ia sudah melangkaui batasan akalku.


Di belakangku tidak bercalar, bukan aku hanya kata, malah aku berbisik. Bukankah di permulaan bicara bahasa kukatakan aku hanya menyampaikan kebenaran. Jika ia zahir di batasan akal, maka ia pasti cacat jua. Tetapi jika bidara melangkaui akal batasanmu maka ia lahir hukum kepercayaan. Sebagaimana percaya ku wujudnya Yang Maha Kuasa ia sudah melangkaui batasan akalku. Aku tidak memikirkannya kerana hukum percaya jua jauh benar ia meninggalkan batasan akalku.

Aku juga tidak mampu persoalkan jalanku. Aku hanya melalui satu ketetapan kerana aku percaya setiap pertemuan itu sudah diatur buatku. Aku berbicara dengan naluri insani kerana aku juga percaya 'rasa manis' pasti jua bertemu 'pemanis'. Tidak mungkin aku yang menyampaikan simpulan kata berbicara lebih baik dengan yang tidak memahaminya. Indahnya seni kerna aku jua bertemu dengan kamu.

Tatkala ibu ku berkata, "jadilah anak yang baik". Maka aku sering tertanya, bagaimana baik? Maka sahabatku berbisik, "baik adalah ketetapanmu, jika kau katakan berjalan lebih baik dari berlari, maka ia satu kebaikan bagimu". Maka adakah terlalu mudah jika aku definisikan tongkat mu adalah terbaik buatku?

Dan apabila aku katakan aku memilih jalanmu, apakah perlu hadir ketakutan di dalam jiwaku? Sungguh engkau jua ciptaan seperti ku. Lain rupa aku dan kamu tetapi sama jua nilainya. Kita jua punya perasaan. Aku singkirkan ketakutan ku berdamping denganmu atas batas rasa ku, percaya ku dan pastinya kerana aku jua tahu ia menuju kepada satu kebaikan dan satu ilmu yang dikurnia kepadaku sebagaimana engkau mengajarku erti kesabaran. Itu hanya satu yang mungkin berimbun lagi yang bakal menantiku. Semalaman aku cuba katakan aku suka kamu!

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Lambaianmu

Di saat aku katakan tidak, tidak, tidak, di dalam ku masih kabur. Sungguh aku tidak tahu apa sebenarnya. Akalku tidak tercapai dalaman perasaan ku. Anggapan ku ia hanya satu kelaziman sebagaimana aku dan mereka.

pada lambai sahabatmu ia suatu kelaziman tetapi pada lambainya ia mengganggu jiwamu, membuatmu resah dan meninggalkanmu pelbagai tanda tanya.


Bahu kiriku berbisik halus, "apakah adanya persamaan dia dan mereka". Aku menyahut, "Di bangun dan tidurku, aku nampak halus lambaiannya. Aku tidak mengetahuinya hingga dia hampir jua bagai meninggalkan ku. Ia satu hentakan padaku".

Bahu kiriku tersenyum, "Maka, itulah bezanya, pada lambai sahabatmu ia suatu kelaziman tetapi pada lambainya ia mengganggu jiwamu, membuatmu resah dan meninggalkanmu pelbagai tanda tanya. Ia suatu yang sukar kau nafikan kerana di dalam mu itu sudah ada dia".

"Apakah itu satu kesalahan buat ku?"

"Di mana jalan yang engkau bawa itulah destinasinya. Jika kau duduk di pintu kebaikan maka bila mana kau membukanya kebaikan jua lah yang akan kau dapat. Adanya aku di sebelah mu hanya sebagai teman bicara khayalanmu. Duduk mu di fana adalah satu tugasmu yang gagal dikecapi oleh ku. Maka kau hargailah kehidupanmu".

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Bangun dari lamunan ku

Aku bangun dari lamunan ku. Sudah begitu lama aku mengelamun. Di sebalik satu keindahan aku ditepuk kesedaran. Pada ketika aku memandang ke puncak aku terlupa batas ku dicuramnya. Curam itu lahir ketakutan ku. Apakah aku kehilangan?

Ia memandang, aku membalas, ia memanggil, aku menyahut, akan tapi bila mana ia berkata, maka aku terdiam!


Tatkala aku ditanya, "apakah yang engkau mahu?", maka aku berkata, "apakah puncak itu terlalu tinggi untuk ku daki?". Lantas dia terus membaca, dia tahu jua luar dalam kerana aku tidak hanya berkata, aku zahirkan imaginasi ku di setiap gerak tubuhku.

Ia terlalu tinggi, di ketika belakangku penuh titik hitam, bagaimana untuk aku sertai putihnya. Pasti ia juga akan kehitaman lamanya.

Ia memandang, aku membalas, ia memanggil, aku menyahut, akan tapi bila mana ia berkata, maka aku terdiam!

Di kala lamunan itu duduk di bidara suatu fantasi, maka apakah perlu aku terjun ke batasan realiti kerana ia hampir jauh untuk aku capai apatah lagi menghulur tangan untuk memiliki. Di kala aku dilanda sepi, khabarkan lah kegembiraan buatku. Gayutanku lemah, kerana itu jua hanya satu sandaran ku. Aku tidak bergantung pada seni maka aku pegang erat tanganku pada nyata.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Jaga dan tidurku

Aku masih menanti. Entah apa yang aku nanti, sukar untuk aku jelaskan pada satunya. Perjalananku masih di landasan destinasinya. Menanti waktu sesuai untuk tiba di gerbang dan membuka kuncinya.

ku coretkan sekadar pembuka. Moga lebih mudah untuk aku meniti pangkal hatinya.


Kadang kala aku lihat ia jelas, tetapi di batasan hatiku ia masih kabur. Bukan aku kata aku tidak berani atau apakah ia mungkin satu perjalanan yang lebih selamat. Biarkan lah, yang penting aku masih jua menanti.

Ia jua sudah mula bermain di kotak akalku. Sedikitnya ia menggugat keyakinan ku meniti kehidupan. Aku tersenyum dengan misteri kehidupan. Mencabar, tercabar, ia lalu di landasan jalanku. Ia tidak mungkin keluar. Itulah ketetapan. Setiap mula ada kesudahannya.

Ia suka, maka aku gembira. Aku coretkan sekadar pembuka. Moga lebih mudah untuk aku meniti pangkal hatinya. Aku fikir, ia memikir, kenalku jua tidak ku duga. Ia hadir tanpa suara, muncul di hadapan ku hingga tertutup lafazku.

Apakah aku tahu? Usah tanyakan padaku. Aku masih lagi menanti. Kunci itu tidak pasti tetapi bukanlah itu yang aku cari. Maka biarlah ia sendiri yang membuka pintunya. Pasti senyumannya kutatap di jaga dan tidurku.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Aku dan waktu

Hari bertemu waktu, maka hari bertanyakan pada waktu, "Apakah sandaran mu?". Waktu mendagu, ia tidak menduga apa di sebelah kirinya. Ia tahu ia tepat, ia juga tahu apa mahunya. Maka ia menjawab, "biarlah, Dia jua yang tahu segalanya".

Apakah tatkala ia hadir itu satu musibah? Ia pasti jua satu ilmu dan satu hikmah yang disampaikan pada jalanku.


Aku memejamkan mataku, kadangkala benar belaka bacaan ku. Kadang kala pula aku diselimuti keyakinanku. Di hari aku bertemu, dua tiga nya pula aku terpaksa pergi. Maka aku terdetik, "Aku baru hendak bermula, apakah ia sudah hendak berakhir?".

Pernah ku katakan, "bahkan alam akan memandangmu jika kamu memalingkan pandanganmu dari alam". Aku benar memaksudkan nya. Aku panjat kesyukuran ku, pastinya ia satu perjalanan. Tidak perlu untuk aku persoal pada satunya kerana aku tahu pasti hilang lah misteri kehidupan ku.

Maka aku hadir bertemu waktu dan aku katakan padanya, "jadikan lah aku sandaran mu, moga aku lebih jelas perjalananku". Waktu berkata padaku, "engkau manusia, maka engkau punyai lebih dari apa yang ada padaku, maka harusnya kau berdoa lah untuk satu kebaikan dan berusaha lah pada batasan hajatmu. Apakah tiada yang mendengar sedangkan kau juga tahu Dia kasihi padamu".

Aku tersenyum, maka aku biarkan waktu itu pergi melaksanakan tugasnya. Apakah tatkala ia hadir itu satu musibah? Ia pasti jua satu ilmu dan satu hikmah yang disampaikan pada jalanku. Maka sungguh perlu aku hargainya. Jika kelam pada malamku, pasti mimpi-mimpi indah menantiku.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines