Ada yang setia

Sudah banyak pepatah hujani batasan akalku, tetapi aku tempis atas batasan percaya. Aku tidak benarkan ia menyusur apatah lagi berbisik halus ke telingaku.

Ada yang setia, tetapi aku menggelengkan kepala. Ia masih lagi jua setia, ku tundukkan muka pula. Ia berterusan setia, aku hanya mampu memandangnya.

Ia angkatkan tangannya padaku, aku tidak menyahut. Ia terlalu berat bagiku. Tidak, tidak, tidak, aku tidak mampu. Aku bukan takutkan diriku, aku takut kelak ada yang merana.

Sudah banyak pepatah hujani batasan akalku, tetapi aku tempis atas batasan percaya. Aku tidak benarkan ia menyusur apatah lagi berbisik halus ke telingaku.

Maka ia tanya padaku apakah sebenarnya. Hanya kata 'misteri' yang terpacul di lafazku. Aku membiarkan ia berteka teki sambil aku pula berterusan bermain guli. Aku tidak bermain api walaupun bahangnya sedikit ku rasai.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Aku masih lagi di sini

Maka kau carilah buah yang kekuningan rupanya, hebat rasanya, lembut isinya dan sudah masak ia dengan hukum dunia.

Apa yang aku mahu? Di hujung taman ada bunga, di hujung anjung ada penjuru, hanya aku yang tidak tahu arahku. Aku memusing, ia menetap, aku menghayun, ia menjauh, aku memanggil, ia menyahut. Apa lagi?

Apakah aku ini tidak baik? Oh tidak, aku hanya melalui perbicaraan hak. Pada ketika aku menyusur menentang arus, aku menjadi semakin kabur. Di atas sudah menanti, di bawah enggan menuruti. Aku di persimpangan. Usah tanyakan aku, aku juga tiada jawapan pasti.

Kata orang, usah dipetik buah yang muda, ia masih mentah, ia belum cukup matang dan rasanya masam. Dan jika kau kutip buah yang sudah gugur, ia sudah tua, sudah tamat tempohnya, rasanya pahit dan rupanya hitam. Maka kau carilah buah yang kekuningan rupanya, hebat rasanya, lembut isinya dan sudah masak ia dengan hukum dunia.

Apakah itu jalannya? Aku tidak tahu, aku hanya menuruti. Biarlah ia membawa ku ke mana saja halanya. Aku tahu aku tidak tersesat kerana aku masih ada yang menjagaiku. Lantas ku ukir senyuman buat semua. Kalian masih belum layak untuk lambaian ku kerana aku masih lagi di sini.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Rasa kita masih sama

Aku tidak mengerti kerana suaranya membisu. Aku tidak mengerti kerana tubuhnya kaku. Aku tidak mengerti kerana matanya pilu.

itu hanya satu alamat, hanya satu petunjuk atau hanya satu mainan. Nyatanya masih kabur lagi. Dia berbisik halus mengirim tanda tanya padaku.


Walau apa yang terlintas di hadirku, itu hanya satu alamat, hanya satu petunjuk atau hanya satu mainan. Nyatanya masih kabur lagi. Dia berbisik halus mengirim tanda tanya padaku. Lantas aku buka tiraiku dan aku menoleh ke belakang.

Aku tidak percaya dan aku sudahpun percaya. Tubuhku bergerak-gerak, mataku tidak segar, hidungku semakin menjarak dan mulutku semakin berbisa.

Entah siapa pula. Usah tanyakan padaku, tanyalah pada dia. Aku memotong dua ia tetap jugak menjadi satu. Semuanya kerana nilainya masih sama. Aku dan engkau, kita juga manusia. Rasa kita masih sama.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Dunia bahasa

Dunia bahasa itu tidak kenal sempadannya. Di kala bibirku melafazkan intelligi, ia hanya aku yang mampu mengungkai maknanya. Dunia bahasa itu terus jua berjalan di atas titian masa.

Dari bahasa lahir mukadimah, dari bahasa lahir rasa, dari bahasa lahir cinta dan dari bahasa juga lahir kebencian.


Ia juga beradat bagai manusia. Ia juga melahirkan kata dan darinya juga lahir ekspresi dan emosi. Lantas aku sedar akan maksud awalannya. Ia juga pasti dari satu. Bagaikan lahirnya Adam tiada teman, baginda juga pasti berbahasa.

Dari bahasa lahir mukadimah, dari bahasa lahir rasa, dari bahasa lahir cinta dan dari bahasa juga lahir kebencian. Kadangkala lebih mudah untuk tidak berbahasa. Cukuplah sekadar senyuman melahirkan seribu satu makna.

Engkau dan aku, kita juga punya bahasa. Hanya kita yang fahami nya kerana hanya kita yang duduk di atas bicara bahasa. Aku memandangmu dan aku memulakan bahasa. Sudikah engkau mendengarnya?

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Ruang itu juga cinta

Hukum ruang itu sahabatnya kebinasaan. Kebinasaan itu kawannya kejahatan jua. Akan tapi dunia ini sudah berikan tiap satunya berpasang-pasang. Maka aku pandang ke sekeliling ruang.

Kehidupan ini penuh dengan cinta. Dari cinta itu datangnya ilmu dan usaha. Aku, engkau, ibu mu dan ayahmu, kita saling bercinta.


Kini ruang itu adalah nyata. Ia menuntut ada untuk memenuhinya. Aku berjalan sekeliling ruang sambil menyapa sahabatku yang menanti diluarnya. Hendak kupersila, ianya terlalu istimewa. Aku hanya mampu tersenyum sebagai hadiah buat sahabat agar tidak berduka cita. Hendak ku sahut debatnya, aku pula tiada isinya.

Aku biarkan semuanya sehari dua. Aku penuhi masa ku dengan berjalan ke sini sana. Ahh, aku tahu ia pasti ada. Kerana pasti pasangannya tetap jua 'tiada'. Maka ketakutan tidak duduk di bidaraku dan sekali lagi ku ukir senyuman seraya berkata, "Kehidupan ini penuh dengan cinta. Dari cinta itu datangnya ilmu dan usaha. Aku, engkau, ibu mu dan ayahmu, kita saling bercinta."

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Biarlah, dia juga tahu mahunya

Angka sudah aku terima. Kini tidak lagi berpunya. Di luarnya ada tetapi di dalamnya tiada. Lantas aku bertanya kepada siapa akan kuberikannya?

Apakah dia menunggu. Biarlah, dia juga tahu mahunya. Aku hanya diam tanpa kata. Itu sudah menbuatku tenang dan gembira.


Aku sudah tidak menanti lagi. Langkahku ke hadapan tanpa aku menoleh ke belakang. Biarlah, dia juga tahu mahunya. Sahabatku pula mula bertanya, "Mengapa?". Aku hanya tersenyum dan menjawab, "Biarlah, dia juga tahu mahunya."

Maka apakah aku mencari? Bukankah hidup itu juga satu pencarian. Nilai kebenaran sudah aku temui. Hanya nilai saluran masih kabur lagi. Tidak mengapa kerana hidup ini semudah kata. Untuk apa aku jadikan ia satu beban kerana aku tidak menjaja kayu pikulnya.

Apakah dia menunggu. Biarlah, dia juga tahu mahunya. Aku hanya diam tanpa kata. Itu sudah menbuatku tenang dan gembira. Maka usah lagi dikau tertanya-tanya. Kerana dia juga tahu mahunya.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines