Pengakhiran dan Titik perjalanan

Tugasku sudah tamat, segalanya sudah selesai. Maka tiada lagi tinggal tanda tanya serta kegersangan di pintu aku dan engkau.

Ia selesai genap dengan hari lahirku. Maka satu darjat sudah terbina, bukan lagi omongan kosong tanpa inti. Aku daki satu lagi lata untuk aku menikmati suasana yang lebih istimewa. Hukumnya masih sama tetapi senyuman ku ternyata lebih bermakna.

Aku buka mataku luas-luas tetapi aku katakan padanya janganlah ia melilau dan pandanglah ke hala yang aku arahkan padanya.


Aku juga dihadiahkan kuntuman bunga tujuh belas purnama. Meskipun ia jauh tetapi ternyata rasa tidak ada batasnya. Maka ia saling memandang tanpa kata. Hilaian tawa dan katanya malam lalu membuka pintu tanpa perlu aku tarik. Ia terus masuk memenuhi ruang tanpa belas.

Maka aku punya satu lagi utus yang perlu aku jaga baik-baik supaya ia tidak tertumpah atau tumbang di tengah jalan. Aku buka mataku luas-luas tetapi aku katakan padanya janganlah ia melilau dan pandanglah ke hala yang aku arahkan padanya.

Aku senyum, aku gembira dan bermulalah titik perjalanan aku dan dia.

Kata kunci ku pada hari ini: Tali ku tarik tanpa sebarang bunyi.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Kesabaran

Masih ingatkah engkau bila aku mengajakmu mendaki bukit di sebalik negeri itu? Aku dan engkau termengah-mengemah mengejar nafas, menahan kelaparan dan mengharungi liku-liku jalan yang penuh cabarannya. Engkau katakan padaku supaya berhenti, tetapi aku membalas dengan senyuman buat bekalan dirimu agar kita dapat meneruskan perjalanan.

Kenikmatan ada di permukaan, kesabaran itulah satu kedalaman. Syukurlah untuk hari ini dan tawakal lah untuk hari esok.


Seharian kita mendaki, kita berehat di bawah satu pohon yang ada padanya rimbunan buah-buahan yang dapat kita nikmati malam itu. Maka aku berkata, "Kenikmatan ada di permukaan, kesabaran itulah satu kedalaman. Syukurlah untuk hari ini dan tawakal lah untuk hari esok."

Aku dan engkau sambung pendakian esok hingga kita tiba di puncaknya. Engkau menghela nafas lega penuh syukur. Sungguh pemandangannya berbaloi. Terbit bibit senyuman di wajah aku dan engkau.

Bukankah sudah aku katakan, kesabaran itu puncak kejayaan, kesabaran itu juga adalah sebalik kemenangan dan kesabaran itu juga hukum ketenangan. Aku puas, engkau juga puas.

Kata kunci ku pada hari ini: Kesabaran adalah puncak. Puncak lah paling hampir dengan pangkal. Maka bersabarlah.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Yo la salida la llegada

Hacia dnde vas? Ellos la esposa, ellos el esposo, ellos la hija, ellos el hijo, ellos la madre, ellos el padre, ellos el amigo. Yo la salida la llegada. Encantado de conocerle.

Ellos la esposa, ellos el esposo, ellos la hija, ellos el hijo, ellos la madre, ellos el padre, ellos el amigo. Yo la salida la llegada. Encantado de conocerle.


Dnde est ustedes? Dieciocho el cuarto arriba, dieciocho el cuarto abajo. Hoy bien, hoy bien, hoy bien.

Yo la salida la llegada. Muchas gracias. Hasta luego.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Penghidupan

Buat aku untuk hari lahir ku hujung bulan ini.

Zahirnya aku dalam angan ibu ku. Maka, dengan izin itu jadi, dengan izin itu lahir dan dengan izin itu juga kehidupan. Aku mencelik-celik ke kanan dan kiri melihat sekeliling tanpa erti. Terlihat senyuman terukir di bibir insani. Kenikmatan, kesyukuran dan kepuasan menjadi satu, satu itu juga keluarganya dan satu itu juga asalnya.

Maka setiap tahun hari aku lepasi, angka aku daki dan ilmu aku dukungi berjalan di atas titian syukur dan tawakal. Kali ini lebih bererti, perhentian ku kini sebagai musafir suci. Aku belajar tiada henti kerana itulah kurnia ujian, kurnia beban dan kurnia tanggungan.

Aku sudah jumpa dengan pahlawan hati. Aku mulakan bicara untuk memahami lantas aku ungkai-ungkai setiap kata menjadi maksud, setiap gambar menjadi pemandangan dan setiap bunyian menjadi alunan yang indah. Pahlawan hati juga berbisik, "Apakah kau melihat aku setiap jagamu?". Aku mengangguk. Ia menyambung lagi, "Apakah kau tidak lupa menyediakan santapan ku setiap hari?". Aku mengangguk. Ia sambung lagi, "Hati adalah di bawah nama ku, kesyukuran adalah di atas bidara ku, nafsu adalah di dalam tidur ku dan pasti kesabaran adalah puncak kekuatanku. Kau pandanglah ke cermin dan katakanlah kepada pahlawan hati, jagalah di dalam penuh kesyukuran, tidurlah ketika nafsu berkembang dan sabarlah di dalam perjalanan. Maka pasti terbuka simpulan yang bersarang di sebalik penglihatan dan pendengaran kerana engkau di pintu kebenaran."

Maka aku sujud penuh syukur. Tahun ini lebih bererti kerana perjalanan aku lebih suci setelah aku dibebani dengan ilmu lantas ia aku langkaui. Puncak keinginan aku sudah berdiri, penglihatan aku sudah jelas dan pendengaran ku sudah tajam. Semua ia aku tunggangi berjalan bercahayakan kesyukuran dan kesabaran.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Yezz! Magazine Feb 2008



"Afiqme memiliki sentuhan seni yang tersendiri. Persepsinya terhadap seni juga memang cukup mendalam."
- Yezz! Magazine Feb 2008

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Alamecarte, Forta, Kuda, Eval dan Silverika

Alamecarte, ada semua, besar, kecil, tinggi, rendah, baik, buruk dan tenaga. Ia aku sebut-sebut sebagai satu. Dan di bawah satu itu ada rangka pecahannya.

Rangka pecahannya, aku suka panggil ia Forta dan Kuda. Forta itu besar dan tidak boleh aku genggam. Ia mengalir dan beralun-alun. Semakin hari ia semakin besar membulat. Kuda pula sangat tegap dan padat. Akan tetapi ia dimakan Forta sikit-sikit hari demi hari secara halus. Kini ia sudah kurang dari sepertiga.

Kuda inilah didiami Eval di dalam masyarakatnya sendiri. Eval itu berevolusi selaras dengan kerajaannya Silverika. Silverika ada pahlawan. Kanan berkata ia pahlawan hati, kiri pula kata ia pahlawan mati. Silverika juga tidak dapat lari dari buasan nafsu manusia, maka ada sesetengah kerajaannya sudah bertukar menjadi kuasa jahat, Silmestiza.

Maka aku hayun-hayunkan kepala aku memandang ke timur. Kasarnya aku lihat kebaikan tetapi jauh di dalamnya terpancar kejahilan. Aku palingkan muka ku barat pula, kasarnya berupa pemalsuan, dalamnya jauh lebih dusta. Maka aku memilih untuk memandang ke atas tetapi aku tidak bertanya. Aku hanya diam kerana aku tahu aku tidak punya kuasa.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Kerajaan kuda

Kuda itu kembar. Sebelah sudah hilang berjalan perlahan-lahan ke utara. Ia sangat perlahan tetapi tidak pula berhenti di mana-mana perhentian hingga sampai ke destinasinya. Ia memilih sebuah pulau di Thai. Ia kembangkan sayapnya dan ia kibar-kibar ke timur dan barat.

Seekor lagi saudaranya berasa sunyi lalu berkata, "alangkah bahagianya jika aku mengembara bersama". Tiba-tiba ia tersedar dan sesal dengan hanya dua kata, alangkah jika! Lalu ia mencabut kedua matanya dari kelopak dan ia berpusing-pusing tanpa henti.

Kuda yang satu lagi dibasahi keringat. Ia pergi ke tepi pantai dan menghirup sedikit air. Masin sudah tidak terasa kerana nikmat sudah atasi parasnya. Ia bawa sedikit bekalan di kaki kirinya dan tidur di sebatang pohon sehingga keesokan harinya.

Raja kuda membentuk kerajaannya. Ia mendongak ke atas dan menunduk ke bawah tiga kali. Ia menggeleng-geleng dan mengangguk pula. Lantas, secebis senyuman lahir bukan lagi di mulutnya, tetapi di matanya.

Kata kunci ku pada hari ini: Percayalah, mulakanlah dan berserahlah.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Kau lafazlah

Buatmu lukis ku sudah yang peta berpandukan kau berjalanlah,
Restu ku mendapat pasti nama mu,
Lukisan mu di dalam abadikan dan lena mu di dalam simpanlah,
Balasan ku jagalah kau, terbalas satu mata buat vika.

Perkiraan ku di angka menjadi masih kau dan bicaraku bual masih kau,
Dengan ku semeja masih kau,
Hadapan mu dihidang ku yang apa dengan lagi tertanya kau usah maka,
Halangku di tempat tiada ia kerana pasti itu mata satu lambaian.

Sangsi tanpa rapi jaga aku dan tanyaku dengan sedar aku,
Balas aku yang mampu satu hanya,
Arahku ke tepat menghala mata dua tatkala,
Pandanganmu menembusi ketenangan ku.

Kau lafazlah...
Kau lafazlah...
Kau lafazlah...
Dan lahirlah... lahirlah.. lahirlah...

Silverika... Silverika... Silverika...Tiga mulut, Dua hidung, Satu mata!

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Aku tertimpa, tenangku dan hari lahir sahabatku

Tiga bicara peribadi ku hari ini.

1. Aku tertimpa
Aku ditimpa tertimpa, tetapi aku tidak marah. Aku ditimpa tertimpa, penatku diratah senyum mu. Aku ditimpa tertimpa, kurnia juga tiada tara.

2. Tenangku
Ketenanganku menembusi pandangan mu. Tatkala dua mata menghala tepat ke arah ku, hanya satu yang mampu aku balas. Aku sedar dengan tanya ku dan aku jaga rapi tanpa sangsi. Lambaian satu mata itu pasti kerana ia tiada tempat di halangku. Maka usah kau tertanya lagi dengan apa yang ku hidang di hadapanmu. Kau masih semeja dengan ku, kau masih bual bicaraku dan kau masih menjadi angka di perkiraanku.

Buat satu mata terbalas, kau jaga lah balasan ku, simpanlah di dalam lena mu dan abadikan di dalam lukisan mu. Nama mu pasti mendapat restu ku. Berjalan lah kau berpandukan peta yang sudah ku lukis buatmu.

3. Hari lahir sahabatku
Aku penat, aku merancang dan aku mengembara. Tetapi kepuasan itu tidak putus menghilangkan penatku. Maka gembira-gembira berebut-rebut untuk zahir dari senyumku.

Temanku, selamat hari lahir! Berjalanlah di atas sedarmu dan bersandarlah di atas tawakalmu. Maka perintahkan askarmu kerana tahun ini pasti lebih hebat di bawah jajahanmu.



Gambar oleh: Twisted Maya

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Rasa

Rasa itu berbahasa, tetapi ia tidak berkata. Ia berhubung melalui adabnya tanpa perkakasan rangkai manusia. Rasa itu ada, rasa itu juga tiada. Rasa itu hanya berhenti di persinggahan yang menjemputnya.

Rasa itu berbahasa, maka aku tidak perlu berkata. Kau masih tertanya dan menunggu walaupun kau tahu apa yang aku dan kau rasa. Adakah aku masih perlu melafazkan kata memberi penjelasan apa yang aku rasa? Maka hilanglah seri nya dan lenyaplah misterinya.

Rasa itu berbahasa, sukar untuk berkata, maka aku hadirkan pembayangnya. Mereka berjalan bersama sehingga tiba destinasinya bertemu engkau. Apakah engkau masih sangsi dengan mereka?

Sudah begitu lama aku memejam mata. Menanti engkau untuk membukanya dan membawa aku menikmati keindahan alamNya. Maka itulah yang aku rasa kerana rasa itu sukar untuk berdusta. Begitu juga dengan pembayangnya yang setia.

Aku tersenyum dan engkau gembira. Itu sudah cukup istimewa buat kita sambil menikmati kelazatan rasa.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Kata pendahulu

Kata pendahulu itu bapa. Ia berjalan di depan, maka diikuti oleh anak sulungnya 'tema'. Tema ini menjadi teladan kepada adiknya 'peribadi'.

Kata pendahulu juga luahan, ia berkata, "Hari ini aku sangat gembira!". Tema terdengar seraya berkata dan menokok tambah lagi cerita kegembiraan. Peribadi mengikut teladan abangnya, maka ia berterusan menjadi gembira. Setiap orang yang ditemuinya ia sampaikan berita dan perilaku yang gembira.

Kata pendahulu juga pernah sakit satu ketika, ia menyerang dan menikam-nikam hati sedang hati itu tidak lupa memanjatkan doa. Hati juga punya saudara kiri. Matanya sering membengkak kerana ia terikut-ikutkan nafsu. Tetapi ia tidak pernah pula lupa saudaranya kanan meskipun ketika ia nikmat ia tempis kata-kata saudaranya.

Kata pendahulu berkata lagi, "Dan hari ini aku belajar...". Maka tema pun ikut dan peribadi menjadikan tema sebagai teladan. Mereka terus belajar dan terus mengenal.

Kata pendahulu tidak gemar digelar luahan, maka ia tanam luahan tujuh belas kaki dalamnya selama tujuh hari.

Kata kunci ku pada hari ini: Katakan lah kebaikan dan simpan lah kata keburukan.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Kata pemisah

Kata pemisah itu pembakar. Jauh sekali untuk ia terbakar. Maka yang terbakar itu ialah aku dan engkau.

Kadang kala ia menjelma membentuk neraca atau lebih berkuasanya ia jika membentuk tangga. Bila ia neraca, maka ada berat dan ringannya. Bila ia tangga, maka ada tinggi dan rendahnya. Bila ia sifat pula, maka ada baik dan jahatnya.

Adakah ianya satu perkiraan? Berkali-kali ku katakan padamu ia pembatas semata-mata. Ia hanya untuk melahirkan perbezaan. Perbezaan yang sebenarnya tiada wujud kepastiannya kerana ia hanya bertulang belakangkan 'rasa'. Tiada siapa yang mampu menanggung kepastian pada sesuatu perbezaan kerana akalmu sendiri masih di perbatasan 'rasa' dan tidak mampu menanggung beban suatu kepastian.

Hati kita juga tiada beza. Strukturnya dan fungsinya sama belaka. Maka aku menyuruhmu membuka pintu hati mu dan palingkan pendengaran mu dari suara hati kelas ketiga agar dapat kau lihat satu pandangan yang melepasi perbatasan akalmu. Jika sebelum ini akalmu melihat aku seorang yang baik, maka kali ini kau akan dapat melihat aku dengan lebih dalam dan lebih jelas lagi.

Maka, tika kau hadir bertemu ku, tinggalkanlah kata pemisah di bidara mu. Usah kau hadir dengan tapi dan tapi. Senyumlah dan bergembiralah kau melihat saudaramu yang sentiasa mengalu-alukan kunjungan mu.

Kata kunci ku pada hari ini: Bunyian di laut itu ikan, bunyian di darat itu lembu dan bunyian di udara itu burung.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Musafir yang semakin kehausan

Cemburu, cemburu, cemburu...

Aku cemburu dengan baju ku, setiap kali ku basuh ia semakin lusuh, warnanya semakin pudar dan kainnya semakin rosak. Aku cemburu dengan nama ku, setiap kali dipanggil ia lantas menyahut, setiap kali dipuji ia senyum tersipu dan setiap kali dimarahi ia lari dari apinya.

Aku memandang pula ke cermin lalu aku palingkan muka ku ke kiri. Aku cemburu dengan wajahku, tahun demi tahun ia menunjukkan kemasakan kulitnya sesuai dengan usianya. Maka kubelai diri ku dengan mengusap rambut ku sendiri. Rambut ku juga semakin hari semakin ia panjang. Aku cemburu lagi.

Segala di sekeliling dan di badan ku sendiri patuh dengan peradabannya. Mereka tidak ingkar apatah lagi mempertikai mengapa mereka harus berbuat begini. Mereka akur, patuh dan berjalan sebagaimana harus mereka berjalan. Maka membuatkan aku cemburu, cemburu dan cemburu...

Mengapa tidak jaga dan tidur ku begitu? Aku tahu aturannya tetapi kadang kala aku berpaling. Aku memesongkan perjalanan ku menjadikan aku musafir yang semakin kehausan. Perjalanan aku menjadi lebih jauh dan aku perlu berhenti di hentian untuk menghilangkan dahaga ku.

Aku masih kepenatan, maka aku menyuruh kaki dan tanganku meneruskan perjalanan terlebih dahulu. Aku terus memejamkan mata dan tidur sebentar di hentian itu.

Kata kunci ku pada hari ini: Dua keretapi di dua landasan, maka hancurlah mereka walau hanya satu yang tersalah masuk landasannya.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Nilai

Aku, engkau, kerusi, meja, pena dan apa saja yang melintasi penglihatanmu lain benar rupanya. Ada yang bulat, berpetak, tinggi, rendah dan cantik. Maka kulihat dari satu sudut pandangan yang besar tentang nilai. Benarlah apa yang aku dengar, "pangkalnya kepada Aku jua".

Aku memandang ke arah seekor kucing dan berkata, "Engkau ciptaan dan aku juga ciptaan, apakah ada bezanya kita?". Maka kucing menjawab, "Tiadalah bezanya kita kecuali pada darjat serta bangsa. Syukurlah engkau dikurniakan akal."

Lalu aku menundukkan kepala tanda tunduknya aku pada pencipta. Kucing memberi hormatnya kepada aku dengan kata-katanya, apakah aku mampu untuk mengangkat kepalaku ke atas. Tidak aku berani mengangkat kepala kerana darjahku dusta.

Aku sandarkan sedikit ilmuku ke sebatang pokok, sedikit ke belakang seekor haiwan. Maka semuanya mendapat kebaikannya. Sungguh aku gembira melihat kedua-duanya. Meskipun kita berbeza, tetapi nilai kita masih sama, kita adalah ciptaan.

Kata kunci ku pada hari ini: Pandanglah sekeliling tanpa kerdipan mata, seterusnya tembusi lah pandangan tanpa pemandangan.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Aku masih ada...

Hidup itu nikmat. Hidup itu rahmat. Hidup itu satu kurniaan. Maka ia satu kesyukuran. Berjalan sebelah mata, terbuka pula masalah dan penyakit. Berjalan tanpa mata, tongkat berkuasa berkata-kata, "Ke tepi, tidak nampak kah engkau orang buta sedang berjalan. Apakah engkau hendak dipukul oleh aku?"

Aku tersenyum lalu memilih haluan sebelah kiri. Kiri tidak bermaya dan rapuh. Tetapi aku tegak berdiri. Kanan itu singgahsana tetapi pendiaminya tongkat dan orang buta. Tidak kuhampiri kerana aku bukan ahlinya.

Saudaraku lahir di dalam suasana. Terpandang kanan intan dan kiri permata, maka aku katakan tunduk kerana itu bukan pangkalnya. Tidaklah engkau lihat kerana ia belum sampai masa. Walaupun engkau meronta aku masih katakan percaya.

Pulanglah di dalam tidurmu dan tawakal lah di dalam jagamu. Berhentilah bergantung, berhentilah tergantung dan berhentilah menggantung. Kerana ke pangkal juga akhirnya.

Aku tahu engkau percaya, maka lafazkan syukur aku masih ada...

Kata kunci ku pada hari ini: Demi dan kerana, dua perkataan tetapi satu pula maksudnya.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Seni

Seni cerita, ada gambarnya. Seni bahasa, ada katanya. Seni bunyi, ada siulannya.

Seni itu halus, tetapi ia berat. Ia tiada perbatasan, sangat luas dan melangkah ke mana-mana. Seni itu tidak jelas dan jelas itu hanya bukti pemikiran. Akan tapi pemikiran itu juga seni kerana ilham diberi dan akal memerinci.

Seni itu menjiwai, maka lahirlah rasa. Rasa itu kenikmatan. Dari rasa membentuk pemahaman, dari pemahaman membentuk simpulan, dari simpulan membentuk kesyukuran dan dari kesyukuran membentuk kecintaan.

Di dalam seni terkandung rahsia pemiliknya, hanya dapat diungkai dan dihurai oleh pemiliknya. Maka huraian adalah ilmu pengetahuan. Ia menjadi panduan dan kenderaan. Ia membuka penglihatanku melalui satu ikatan di sebalik penciptaan.

Kata kunci ku pada hari ini: Hukum itu peraturan, dan peraturan berada di mana-mana jalan.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Ikatan

Logika itu pembatasan, pembatasan itu engkau, engkau itu simbolika, dan simbolika itu ciptaan. Masih belum sampai ke puncak kerana puncak itu adalah bukti dan nyata. Mahukah kau sertaiku menuju ke puncak? Ia sangat tinggi dan melangkaui pembatasan, maka tanpa rela kau nafikan logika.

Kau sering bermain dengan kata-kata. Kau cuba memahami setiap tutur kata kucing yang engkau bela. Kau terus cuba membaca, membaca dan membaca tetapi kau masih juga tidak faham. Kau masih gigih untuk terus mencuba berhubung dengan kucing kesayanganmu, maka kau bina satu ikatan perhubungan dengannya melalui gerak fizikalnya. Akhirnya kau berjaya memahami kehendaknya. Dari raut wajahnya sehingga ke pergerakan badannya dapat kau fahami. Atas kasih sayangmu juga, kau kongsi makan minum dan tempat tinggalmu.

Sungguh mulia hati engkau. Keinginanmu yang tinggi melangkaui batasan melalui ikatan. Kasih sayang itu pun satu ikatan dan perkongsian juga satu ikatan. Dari ikatan juga terbitnya penglihatan dan kesyukuran. Moga ikatannya erat dan tidak mudah rapuh.

Akan tapi, ikatan itu juga tidak terlepas dari masa. Kerana masa itu terus menelan apa saja yang melaluinya. Apabila tiba masanya, maka ikatan itu terputus dan kau tidak punya lagi apa-apa di sisimu. Di saat itu, hatimu pasti meronta-ronta jika engkau tidak ada ikatan yang hakiki.

Kata kunci ku pada hari ini: Pandanglah dalam tidurmu dan pandanglah dalam kebangkitanmu.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Saya yang mulia

Aku buka kamus nama-nama dan mencari makna namaku, akhirnya jumpa. Aku sedikit tersenyum melihat maknanya. 'Afiqme' maksudnya 'Saya yang mulia'. Nama itu adalah pengenalan atau satu tanda itu aku. Namaku mewakili diriku. Tak sangka aku punya nama yang baik dan hebat.

Sejenak aku meninggalkan namaku dan bertemu dengan diriku sendiri, terasa sedikit ringan lalu aku panjat kesyukuran. Aku punya hiasan yang baik. Maka aku minta perlindungan agar aku tidak tunduk pada hiasan diriku tatkala tertitip namaku di lidah-lidah manusia.

Itu baru nama. Maka aku terkenang lagi sifat, pangkat darjat serta ilmu pengetahuanku. Syukur aku percaya aku juga punya sifat-sifat yang baik, maka sekali lagi kesyukuran dan perlindungan aku pinta. Pangkat darjat pula mengajarku erti tanggungjawab di atas segala beban yang aku kendong di belakang. Aku pejamkan mata dan meminta petunjuk dan perlindungan sekali lagi.

Aku suka dengan ilmu. Apatah lagi ilmu dan amal. Ia bagaikan lautan dan pantai. Aku bersyukur ilmu itu tidak berbentuk, jika tidak aku pasti ilmu itu lebih besar dari sebuah rumah. Telah banyak aku pelajari sepanjang hidupku. Ujian yang aku hadapi juga berupa satu ilmu pengalaman yang tiada nilai. Terasa begitu besar dan berat beban yang aku kendong ini maka aku menyuruh ilmu ku menjadi seekor kuda dan aku tunggangnya perlahan-lahan dan berhati-hati. Sungguh aku merasa sangat selesa, kadang kala buat aku lupa pada penciptanya. Syukurlah ia seekor kuda bukan sebuah kereta mewah, mampukah aku memandunya? Maka sekali lagi aku minta perlindungan supaya aku tidak alpa dan membawa ia ke jalan yang salah.

Habis lamunanku, kupanjatkan lagi kesyukuran kerana aku tidak punya kuasa dan apa-apa sebenarnya. Seperti kukatakan itu bukanlah aku. Nama, sifat, pangkat darjat serta ilmu pengetahuan hanya hiasan yang melekat pada tubuhku. Syukur aku dipinjamkan hiasan yang baik-baik.

Jika kau pandang aku tanpa hiasan-hiasan itu, maka itulah sebenarnya aku dan aku pasti kau juga melihat aku juga diciptakan oleh pencipta hiasan-hiasanku.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Cerita kita

Setiap cerita itu ada penghujungnya, seharusnya kau tonton dan nikmatinya dari mula supaya kau benar-benar faham isi ceritanya. Tetapi sungguh aku pelik kau memilih untuk berhenti menonton di tengah-tengah cerita. Matamu berlegar-legar ke tempat lain.

Kau percaya setiap cerita itu ada penghujungnya tetapi kau berhenti di tengah-tengah. Aku tahu kau tidak mahu ceritamu tamat maka kau terus memilih untuk berlengah-lengah di tengah ceritamu. Akan tapi mungkin kau lupa masa itu terus berlalu dan cerita itu tetap menuju penghujungnya.

Sungguh aku tidak mahu penyesalan bersarang di dalam dirimu tatkala cerita yang kita sama-sama tonton itu tamat. Maka aku berbisik halus, "halakanlah matamu, buangkanlah keresahan jiwamu dan nikmatilah cerita ini."

Kata kunci ku pada hari ini: Di sini dan di sana, simbolika itu di tengah dan pasti kebenaran di penghujungnya.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Aku memilih untuk berdiam diri

Teringin benar aku bertanya kepadamu, jika kau diberi pilihan kata-kata dariku, apakah kau memilih untuk mendengar kata-kata dusta atau yang benar dariku?

Jika kau seorang yang gemuk, apakah kau boleh mendengar lafazku tentang kegemukanmu walhal itulah kebenaran?

Kebenaran itu terlalu besar nilainya bagiku, maka aku memilih untuk berdiam diri kerana jika aku katakan perkara yang benar maka aku perlu memberi penjelasan yang panjang dan terperinci supaya kau faham apa maksud sebenarku tanpa berniat menyakiti dirimu. Jika aku mengatakan sesuatu yang dusta pula, sudah pastilah aku merasa sangat bersalah kerana pangkalnya tetap kebenaran.

Aku selalu berharap engkau adalah saudara rapatku dan telinga yang setia kepada lidahku, maka kegemukan itu dapat menjadi satu perkongsian yang boleh diungkai bersama-sama untuk menuju ke arah kebaikan kerana aku percaya kecantikan itu pasti wujud di sebalik kegemukan itu. Mungkin menjadi kurus salah satu jawapannya. Tetapi akarnya apakah kau sudah bersedia untuk berbicara denganku mengenainya?

Sungguh aku sentiasa mahu melihat kau gembira, bebas dari ketakutan dan menikmati kehidupanmu. Aku ingin menuju sesuatu yang baik dan benar, apakah kau sudi menjadi temanku supaya kita saling membantu menuju ke penghujungnya?

Kata kunci ku pada hari ini: Kukuhlah engkau dengan trilogi suku kata, lemahlah engkau jika hilang kanan dan kirinya.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Pandanglah aku tanpa kata sifat

Terlebih dahulu biarlah aku buka bicaraku dengan apa yang aku maksudkan dengan 'kata sifat'. Kata sifat itu yang aku percaya engkau juga faham adalah seperti sifat berani, degil, baik, jahat, pemurah dan sebagainya.

Kata sifat itu besar pengaruhnya apatah lagi sesudah ia bermaharajalela di dalam sistem kepercayaan berdasarkan perjalanan hidupmu. Ia juga boleh melahirkan perasaan. Contohnya seperti momokan hantu itu 'jahat', maka lahirlah perasaan takut engkau kepada hantu. Banyak lagi perasaan yang boleh hadir dari kata sifat seperti perasaan kagum, sedih dan gembira.

Apa yang menjadi kerisauanku adalah tindak balas yang lahir. Apabila wujudnya perasaan 'takut hantu', maka lawannya itu adalah 'hantu berani'. Dan ia menjadikan hantu itu berani dengan engkau kerana engkau takut. Begitu juga tatkala lahirnya sifat kagum, sudah pastilah tindak balasnya adalah takbur.

Maka, kau pandanglah aku tanpa kata sifat, cukup sekadar 'Afiqme'. Kerana semestinya aku tidak punya apa-apa dan tidak layak untuk apa jua kata sifat. Aku hanya menyampaikan kebenaran kerana aku percaya ia seharusnya menjadi satu perkongsian kerana ia juga bukan milikku. Maka, senyumlah dan khabarkanlah apa saja kepadaku. Tinggi rendahnya aku sama seperti engkau.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines