Di saat aku katakan tidak, tidak, tidak, di dalam ku masih kabur. Sungguh aku tidak tahu apa sebenarnya. Akalku tidak tercapai dalaman perasaan ku. Anggapan ku ia hanya satu kelaziman sebagaimana aku dan mereka.
pada lambai sahabatmu ia suatu kelaziman tetapi pada lambainya ia mengganggu jiwamu, membuatmu resah dan meninggalkanmu pelbagai tanda tanya.
Bahu kiriku berbisik halus, "apakah adanya persamaan dia dan mereka". Aku menyahut, "Di bangun dan tidurku, aku nampak halus lambaiannya. Aku tidak mengetahuinya hingga dia hampir jua bagai meninggalkan ku. Ia satu hentakan padaku".
Bahu kiriku tersenyum, "Maka, itulah bezanya, pada lambai sahabatmu ia suatu kelaziman tetapi pada lambainya ia mengganggu jiwamu, membuatmu resah dan meninggalkanmu pelbagai tanda tanya. Ia suatu yang sukar kau nafikan kerana di dalam mu itu sudah ada dia".
"Apakah itu satu kesalahan buat ku?"
"Di mana jalan yang engkau bawa itulah destinasinya. Jika kau duduk di pintu kebaikan maka bila mana kau membukanya kebaikan jua lah yang akan kau dapat. Adanya aku di sebelah mu hanya sebagai teman bicara khayalanmu. Duduk mu di fana adalah satu tugasmu yang gagal dikecapi oleh ku. Maka kau hargailah kehidupanmu".





15 komen:
Kau tidak pernah bersalah di dalam kekaburanmu. Malah kau benar sekali.
Mungkin cuma kau terlalu memandangnya tinggi tanpa menoleh kepada asalnya. Atau mungkin sahaja kau sedang berada di batasan itu sedangkan dia meminta pengertianmu sekali lagi untuk melangkah mengikut hukumnya. Kau sudah berlari sedangkan dia hanya pandai bertatih cuma. Lalu bagaimana? Mahu diletakkan kesal di pundaknya atau mahu bersama bertatih dan berlari hingga ke destinasi sekiranya berada? Dia pasti kau ada jawabnya.
afiqme...pengisian yang lebih mudah difahami daripada sebelumnya...membuatkan diriku teruja dengan isi yang seterusnya;)
pasti jalan yang aku pilih adalah jalan untuk bersama mu ... apakah kau sudi halakan tongkatmu agar aku tidak tersesat?
cyda.. teruja mu tiada makna jika kau jua tiada di batas akalku... ;)
afiqme..tiada makna? terpulang..
cyda.. meh ku hadiahkan satu flying kick buat mu! watchhhaaa! ;)
uwek!!!!! i hit u back!! ingt i xkuat kerr???
uwek?? nangis keee? huhu ;)
tu jelir lidah laa...isy..2 pon xtau..dush!!
apa korang nye komen kick2 ni??
ish2 dak2 aqua ni...
libra juga yang cool :) hhahahaha
p.s : sah kene fire aku ni
ku di pesan tentang batasan rasa, baru ku tahu ada flying kick rasa. megapa kalian berduka rasa, hanya kalah pada ungkapan bahasa.
~rass~
dikmal....cyda aqua yg cool..afiqme je tak,hahaha... ;)
alamak .. ade 2 org perasan cool membuatkan diriku rase sejuk.. jap .. carik selimut sat ...
rass.. flying kick rasa tuh sangat pedih jika ia hinggap di pipi... kah kah kah ;)
tersalah kata itu jua mainan manusia ... hari2 pasti ada tersalah kata.. ;)
afiq.. flying kick tuh kan tak rasa, kan cuma high kick di angin saja, mana mungkin hinggap di pipi
mohon di maaf tersalah kata, sebab saya lagi belajar
terima kasih ku ucapkan kalian telah ceriakan rasa yg duka
sy terhibur membaca komentar kalian dlm erti memahami hidup ini.
semoga kita bertemu lagi. kalau ke sini selalu ketawa dan senyum sendiri. Terima kasih ku tak terhingga. Untuk ketawa bukan nya mudah.
~rass~
Bangga benar kau menyatakan jalan yang dipilihmu. Sedangkan kau tidak mengetahui kebenaran atau kesesatan yang akan berada di hadapanmu. Bisakah kau memperjudikan seluruh jiwamu di jalan itu? Yakinkah kau tongkat yang diminta hulurannya olehmu adalah yang paling selesa untuk kau menongkat dan meneruskan perjalanan? Aku masih ingin terus bertanya.
Catat Ulasan