Aku membawa khabaran hatiku. Hatiku punya perisai lindungi makamnya dan ia jua punya tombak menepis sangka musuhnya. Di satu ketika ia duduk, ia terus bertahan. Maka ketakutan lantas bersuara, "Apakah kau menerima kunjunganku?". Hati bertanya pula, "Apa kah kebaikan yang dibawa mu?". Ketakutan diam dan berlalu pergi.
Aku yakini sudahnya. Duduk dan diamku jua masih tidak nyata. Ia terus memusingkan kata ku.
Ketakutan memandang gadisku, dia punya suara, dia punya keyakinan dan dia jua punya pentas. Ketakutan bertanya, "Apakah kesanggupan mu?"
Gadis berkata, "Aku memanggilmu sebagai perisai ku. Maka kau jagai lah aku agar aku terlepas dari buasan bencana. Aku mula bicara jua dengan hatiku. Hati ku lemah, hati ku sayu tatkala ia sudah bermukim di suatu takhta. Aku yakini sudahnya. Duduk dan diamku jua masih tidak nyata. Ia terus memusingkan kata ku. Maka kau hadirlah mengiringi ku. Pasti balasan nya baik jua akhirnya".
Hati ku terdengar bicara gadis. Ia khabarkan padaku. Aku tersenyum, aku mengerti dan aku kasihi. Sungguh jika naluri ku mampu membisik kan kata kasih ku pada mu, aku percaya lena tidurmu dibasahi hujan rasa ku.
Maka aku memejamkan mata, moga ia terus subur membina jambatanku.




9 komen:
wah..enggak faham deh..puitis banget..:)
waaa...mesti tgh hepi pakcik ni huhhu len mcm je blog yg ni,p
Bicara si gadis mungkin sekali ditafsir hebat oleh pahlawan muda itu. Hakikatnya mungkin berbeda. Mengapa perlu terlahan begitu? Biarkan ruang itu menciptakannya sekira berada. Agar akhirnya tidak merana.
Khabaran hati pahlawan seluruhnya mengerti. Bukan sahaja oleh si gadis. Malahan mereka yang berkongsi bersama. Tetapi percayalah, masih punya waktu yang panjang untuk mereka semua meneka seterusnya. Kerna semuanya di luar rencana.
Tidak pernah aku memusingkan kata. Kiranya kau menyampaikan kebenaran di dalam bicaramu, aku jua memaksudkan segala adaku.
Ketakutan juga bukan mainanku. Anggapan begitu memberi makna kau masih hijau mengenal aku. Baik kiranya kesempatan yang ada kau cuba mengenal aku sebenarnya daripada terus kau membuat tafsiran. Bisa benar sekali tafsiran itu atau bisa saja tersasar jauh daripada maksudnya. Ku harap kau mengerti sepertinya aku mengerti.
dr... ayat puitis ini memerlukan masa dan pembacaan berkali2.. huhu ;)
rembulan ... mcm tu lah skang nih... hepi jee bermain kata2.. hahaha ;)
maka kini ku lihat jelas perisai nya membicarakan soal hukumnya ... di mata ku kamu hebat, di depan ku kamu kasih, di belakangku kamu teguh dan di bahasa mu kamu lah dia... ;)
Afiqme,
Indah ya hari-hari kamu kini :) Bagus...Pastikan langkah tepat, jangan sumbang...dan lihat pesanan-pesanan yang sering memenuhi harian antara kita semua.
Ada masa kita pandu, ada masa kita rempuh, ada masa kita akur, ada masa kita lentur..ada perlu kita undur...tapi tidak pula kita lebur :) hati yang sentiasa gembira, akan sentiasa menebarkan angin keceriaan kepada kami...
teruskan menulis ya :)
ada masa, kita redah je!~ :p
cik mia... kalau sumbang tuh nanti sy ambik kelas vokal balik yee.. kasi fine tune balik.. huhu
ada masa kita redah aje ehhh?? huhuhu ;)
Catat Ulasan