Aku bangun dari lamunan ku. Sudah begitu lama aku mengelamun. Di sebalik satu keindahan aku ditepuk kesedaran. Pada ketika aku memandang ke puncak aku terlupa batas ku dicuramnya. Curam itu lahir ketakutan ku. Apakah aku kehilangan?
Ia memandang, aku membalas, ia memanggil, aku menyahut, akan tapi bila mana ia berkata, maka aku terdiam!
Tatkala aku ditanya, "apakah yang engkau mahu?", maka aku berkata, "apakah puncak itu terlalu tinggi untuk ku daki?". Lantas dia terus membaca, dia tahu jua luar dalam kerana aku tidak hanya berkata, aku zahirkan imaginasi ku di setiap gerak tubuhku.
Ia terlalu tinggi, di ketika belakangku penuh titik hitam, bagaimana untuk aku sertai putihnya. Pasti ia juga akan kehitaman lamanya.
Ia memandang, aku membalas, ia memanggil, aku menyahut, akan tapi bila mana ia berkata, maka aku terdiam!
Di kala lamunan itu duduk di bidara suatu fantasi, maka apakah perlu aku terjun ke batasan realiti kerana ia hampir jauh untuk aku capai apatah lagi menghulur tangan untuk memiliki. Di kala aku dilanda sepi, khabarkan lah kegembiraan buatku. Gayutanku lemah, kerana itu jua hanya satu sandaran ku. Aku tidak bergantung pada seni maka aku pegang erat tanganku pada nyata.




19 komen:
ohooo.. entri yang ini buat aku bingung :p
kejap2 amik kamus cuba fahamkan :D hehe
Bicaraku bukan bertujuan mengunci kata-katamu. Jauh sekali melumpuhkan keseluruhannya. Aku hanya ingin meletakkan yang zahir itu di landasannya. Tidak aku berhutang di pengakhirannya. Kiranya kau menganggap diriku seputih kafan dan kau akan mengotorinya maka kau ternyata silap pertimbangan mengenai diriku. Aku hanya mahu kita mengikut hukum alam. Bertatih, berjalan ,berlari dan akhirnya. Sekiranya ada ruang itu maka kita akan berada. Sekiranya tidak kita masih ada ruang yang lain. Biarkan kita menjalani kehidupan ini dengan misterinya.
isi yg seterusnya ni ada lain skit ;) tapi masih menanti yg seterusnya...
hukum ruang itu jua hukum ciptaan. Apakah tanpa nama itu benar tiada namanya? Hanya insan jua yang sembunyi di dalamnya.. begitu jua dengan perasaan... apakah kita tidak duduk di batasan rasa? Apakah kita tidak pasti sedang kita mengetahui? sambutan mu ada baiknya... sungguh aku hargai walau aku dihinjak ke bumi realiti...
cyda ... sabarmu sedang menanti isi.. begitu juga sabarku menanti batasmu.. ;)
mal ... jika kamu di batasan rasa, maka kamu pasti faham bicaraku ... lapangkan dada, biar rasa kuasai mu seketika... ;)
fahamku perlu sekali cuma :)
jarang menunjukkan, sekadar memandang ;)
Aku tidak bersembunyi di sebalik tanpa nama. Aku hanya ingin memudahkan bicara barangkali. Batasan rasa yang kau ungkapkan sama sekali aku memahaminya cuma biarlah ia berada di landasannya dengan kukuh agar kelak kita tidak tergelincir dan kesakitan. Dan aku mengharap tidak kau tersalah tafsir lagi bicaraku sehingga menjadikan kau berlainan sekali dengan peribadimu sebelum hadirnya bicaraku yang mengguris itu.
afiqme....sabar diriku teguh di matamu bukan?tetapi sabarmu samar di penglihatanku ;)
Seronoklah korang he... bercinta..
hahaha..
cyda.. apakah kau rasa tiada langsung kesabaran dari ku... tatkala kau menggulung kata, aku masih menyimpan harapan.. sabar menanti balasan darimu ... ;)
apakah batasan rasa itu hanya aku merasainya? maka kau katakanlah sesuatu kepada ku...rasa itu hebat walau kita memilih untuk mengikut landasan sebetulnya... ;)
dikmal...dirimu ku fahami jua :)
afiqme...kata-kataku seterusnya pasti mencabar kesabaranmu :p
luth...kesimpulan sinis yang mudah diungkapkan oleh insan luar batasan rasa ;)
cyda.. mengapa perlu kau mencabar aku? .. bukan kah lebih manis jika kau berkongsi khabar kegembiraan bersama ku.. ;)
afiqme...tidak perlu aku menjawabmu ;) sudah seringkali aku nyatakan...
Eceh...
Bermadah, berhelah pulak demo-demo ni ?
Aku sudah menyatakan seperti adanya. Batasan rasa yang kau resahkan aku dapat memahaminya. Malah kau meminta aku untuk mengungkapkan rasa yang sama. Tidak mampu ku berkata kerana aku masih bertatih tanpa ada yang ingin mendamping bersama.
luth,p che' tengah syok baca cerita diorang ni hehehe cari inspirasi utk edisi seterusnya jgn kaco lerrrr hahaha jgn mara luth uhuhu,B
hmmm..,)
apakah benar apa yg dirasa apa yg diragu sehingga kalian mencipta kerumitan ini shbt....
luth...bukan berhelah...ini salam perkenalan ;)
rem...kerumitan bukan dicipta,ia mengiringi batasan rasa ;) fahami cuma..
Catat Ulasan