"Bangga benar kau menyatakan jalan yang dipilihmu. Sedangkan kau tidak mengetahui kebenaran atau kesesatan yang akan berada di hadapanmu. Bisakah kau memperjudikan seluruh jiwamu di jalan itu? Yakinkah kau tongkat yang diminta hulurannya olehmu adalah yang paling selesa untuk kau menongkat dan meneruskan perjalanan? Aku masih ingin terus bertanya."
- Tanpa nama
Tetapi jika bidara melangkaui akal batasanmu maka ia lahir hukum kepercayaan. Sebagaimana percaya ku wujudnya Yang Maha Kuasa ia sudah melangkaui batasan akalku.
Di belakangku tidak bercalar, bukan aku hanya kata, malah aku berbisik. Bukankah di permulaan bicara bahasa kukatakan aku hanya menyampaikan kebenaran. Jika ia zahir di batasan akal, maka ia pasti cacat jua. Tetapi jika bidara melangkaui akal batasanmu maka ia lahir hukum kepercayaan. Sebagaimana percaya ku wujudnya Yang Maha Kuasa ia sudah melangkaui batasan akalku. Aku tidak memikirkannya kerana hukum percaya jua jauh benar ia meninggalkan batasan akalku.
Aku juga tidak mampu persoalkan jalanku. Aku hanya melalui satu ketetapan kerana aku percaya setiap pertemuan itu sudah diatur buatku. Aku berbicara dengan naluri insani kerana aku juga percaya 'rasa manis' pasti jua bertemu 'pemanis'. Tidak mungkin aku yang menyampaikan simpulan kata berbicara lebih baik dengan yang tidak memahaminya. Indahnya seni kerna aku jua bertemu dengan kamu.
Tatkala ibu ku berkata, "jadilah anak yang baik". Maka aku sering tertanya, bagaimana baik? Maka sahabatku berbisik, "baik adalah ketetapanmu, jika kau katakan berjalan lebih baik dari berlari, maka ia satu kebaikan bagimu". Maka adakah terlalu mudah jika aku definisikan tongkat mu adalah terbaik buatku?
Dan apabila aku katakan aku memilih jalanmu, apakah perlu hadir ketakutan di dalam jiwaku? Sungguh engkau jua ciptaan seperti ku. Lain rupa aku dan kamu tetapi sama jua nilainya. Kita jua punya perasaan. Aku singkirkan ketakutan ku berdamping denganmu atas batas rasa ku, percaya ku dan pastinya kerana aku jua tahu ia menuju kepada satu kebaikan dan satu ilmu yang dikurnia kepadaku sebagaimana engkau mengajarku erti kesabaran. Itu hanya satu yang mungkin berimbun lagi yang bakal menantiku. Semalaman aku cuba katakan aku suka kamu!





8 komen:
afiqme..aku paling suka frasa 'Tidak mungkin aku yang menyampaikan simpulan kata berbicara lebih baik dengan yang tidak memahaminya. Indahnya seni kerna aku jua bertemu dengan kamu.' sebab itu je paling senang nak paham ;P
cyda? tak paham... biar betul? senang je Mal paham meh? hehehe
p.s:luth2...tengok mereka ini? :P hahahahaha
Kebenaran dan kepercayaanmu kelihatan sinarnya di alis yang lain seiring dengan alur bicara indahmu. Aku jua seperti yang lain itu, memahami dan terus tegar untuk memahami. Malah, aku dengan alur yang sama bengkoknya cuba untuk bermain majaz. Tetapi kau masih tidak memahami majaz halus yang aku bicarakan selama ini. Tidak mungkin aku yang menyampaikan simpulan kata berbicara lebih baik dengan yang tidak memahaminya? Lantaran, kesabaran itu masih perlu dititipkan selalu agar berimbun yang mungkin menantimu itu dapat kau tepisnya dengan senyuman. Dan masih ingin bertanya andainya ada balasan, semalaman bicara terakhir yang kau cuba ungkapkan, benarkah dari sudut yang satu itu?
bukankah kau juga sudah katakan kau sendiri sudah melihat akan kebenaran dan kepercayaanku, maka persoalan itu sudah terjawab olehmu ... sinarku hanya sebagai dokongan atas percaya mu sendiri... aku sangat pasti kau jua tahu perasaan ku... dan kesabaran itu pasti akan aku jagai sebagaimana kau jagai rasa ku .. ;)
ohh.. ingin ku katakan, bahasamu sangat hebat dan ia layak ku tempatkan di atas bidara ku... hukum nya aku dan kau juga sama, bahkan serupa, maka tinggal bersatu menuju ke akhirnya... moga sinar itu pasti jua di penantian aku dan kamu... ;)
wah...afiq...bermain kata...takut nak baca :p
maka ketakutan itulah lawanmu .. ;)
erm...tak takut pon...tapi ape ya...tanya mal la :p mal ade nk cakap?
Catat Ulasan