Hukum ruang itu sahabatnya kebinasaan. Kebinasaan itu kawannya kejahatan jua. Akan tapi dunia ini sudah berikan tiap satunya berpasang-pasang. Maka aku pandang ke sekeliling ruang.
Kehidupan ini penuh dengan cinta. Dari cinta itu datangnya ilmu dan usaha. Aku, engkau, ibu mu dan ayahmu, kita saling bercinta.
Kini ruang itu adalah nyata. Ia menuntut ada untuk memenuhinya. Aku berjalan sekeliling ruang sambil menyapa sahabatku yang menanti diluarnya. Hendak kupersila, ianya terlalu istimewa. Aku hanya mampu tersenyum sebagai hadiah buat sahabat agar tidak berduka cita. Hendak ku sahut debatnya, aku pula tiada isinya.
Aku biarkan semuanya sehari dua. Aku penuhi masa ku dengan berjalan ke sini sana. Ahh, aku tahu ia pasti ada. Kerana pasti pasangannya tetap jua 'tiada'. Maka ketakutan tidak duduk di bidaraku dan sekali lagi ku ukir senyuman seraya berkata, "Kehidupan ini penuh dengan cinta. Dari cinta itu datangnya ilmu dan usaha. Aku, engkau, ibu mu dan ayahmu, kita saling bercinta."





6 komen:
mengapa cuma senyum, cubalah sapa :)
jika aku mula menyapa, bukan seorng yang perlu aku sapa ... huhu ;)
wah bukan seorang? kalau begitu, senyum sahaja.. kadang-kadang sengeh bila perlu.. huhu :)
yah yah.. sengih dan kenyit mata.. kah kah kah ;)
salam kenal
salam kenal jua buat kamu.. ;)
Catat Ulasan