Dunia bahasa itu tidak kenal sempadannya. Di kala bibirku melafazkan intelligi, ia hanya aku yang mampu mengungkai maknanya. Dunia bahasa itu terus jua berjalan di atas titian masa.
Dari bahasa lahir mukadimah, dari bahasa lahir rasa, dari bahasa lahir cinta dan dari bahasa juga lahir kebencian.
Ia juga beradat bagai manusia. Ia juga melahirkan kata dan darinya juga lahir ekspresi dan emosi. Lantas aku sedar akan maksud awalannya. Ia juga pasti dari satu. Bagaikan lahirnya Adam tiada teman, baginda juga pasti berbahasa.
Dari bahasa lahir mukadimah, dari bahasa lahir rasa, dari bahasa lahir cinta dan dari bahasa juga lahir kebencian. Kadangkala lebih mudah untuk tidak berbahasa. Cukuplah sekadar senyuman melahirkan seribu satu makna.
Engkau dan aku, kita juga punya bahasa. Hanya kita yang fahami nya kerana hanya kita yang duduk di atas bicara bahasa. Aku memandangmu dan aku memulakan bahasa. Sudikah engkau mendengarnya?





6 komen:
mcm kucewa jerrr bunyi,luahkan....kasi ia keluar
huhu .. teruskan fikir maksudnya... ia masih belum cukup dalam tu.. huhu ;)
tentu ada yang sudi duduk sama berbahasa :) apa yang perlu, cuma mulakan tutur bahasanya
benar tu.. tentu ada yaaa... siapakah dia? huhuhu ;)
pada fikiranku, kamu pasti tahu siapa dia? kerana jika tidak, tak mungkin kamu diam tidak memulakan bahasa :)
bijak... kadangkala masalahnya hanya aku kerana aku juga tidak pasti apa yang aku rasa... huhuhuh ;)
Catat Ulasan