Aku masih lagi di sini

Maka kau carilah buah yang kekuningan rupanya, hebat rasanya, lembut isinya dan sudah masak ia dengan hukum dunia.

Apa yang aku mahu? Di hujung taman ada bunga, di hujung anjung ada penjuru, hanya aku yang tidak tahu arahku. Aku memusing, ia menetap, aku menghayun, ia menjauh, aku memanggil, ia menyahut. Apa lagi?

Apakah aku ini tidak baik? Oh tidak, aku hanya melalui perbicaraan hak. Pada ketika aku menyusur menentang arus, aku menjadi semakin kabur. Di atas sudah menanti, di bawah enggan menuruti. Aku di persimpangan. Usah tanyakan aku, aku juga tiada jawapan pasti.

Kata orang, usah dipetik buah yang muda, ia masih mentah, ia belum cukup matang dan rasanya masam. Dan jika kau kutip buah yang sudah gugur, ia sudah tua, sudah tamat tempohnya, rasanya pahit dan rupanya hitam. Maka kau carilah buah yang kekuningan rupanya, hebat rasanya, lembut isinya dan sudah masak ia dengan hukum dunia.

Apakah itu jalannya? Aku tidak tahu, aku hanya menuruti. Biarlah ia membawa ku ke mana saja halanya. Aku tahu aku tidak tersesat kerana aku masih ada yang menjagaiku. Lantas ku ukir senyuman buat semua. Kalian masih belum layak untuk lambaian ku kerana aku masih lagi di sini.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

3 komen:

Tanpa Nama berkata...

Rass ingin berkata, sudah ku cuba sedaya upaya, malangnya belum jua dpt ku rasa, apa maksud kata-kata. Namun kan ku cuba sekali lagi semoga ku tak berputus asa.

Apa yg boleh ku katakan disini, kesian di luar sana, perlu menanti penuh 'misteri' kerna kau amat berhati hati kerna takut ada yg merana.

Kan ku sambung sekali lagi kerna ilham belum lagi mau mendatang.

Afiqme berkata...

itulah hebatnya kata2 ... akan tapi ia sering tercicir oleh batasan rasa ... kerana ia lebih jua dari kata.. ;)

Tanpa Nama berkata...

benar ia sering tercicir oleh batasan rasa ... kerana kita bukan bangsawan bangsa yg boleh berkata penuh rasa.

tolong bicara apa rasa tentang bangsawan penuh bahasa dlm batasan rasa.