Usah beri hati ku ruang

Siulan ku memecah kesunyian. Kesunyian itu hadir kerana kekosongan. Aku memandang ke sekelilingku tetapi aku tidak terlihat apa-apa. Aku terus menunggu.

Tutur ku tidak pernah menjatuhkan mu. Hatiku tidak pernah terlintas memikirkan bahu sebelah kirimu.


Penantian itu sudah menjadi rutin ku. Sesetengah hal itu tidak perlu aku khabarkan kerana engkau dan aku saling mengerti. Maka aku menuntut pengertian itu darimu. Kenapa harus kau berikan aku ruang?

Tangan ku terus menuntut pembalasan. Mata ku asyik sekali memandang. Masih tidak ada lagi? Khabaran mu tidak mahu ku calitkan dusta kerana aku hanya mahu engkau gembira. Tutur ku tidak pernah menjatuhkan mu. Hatiku tidak pernah terlintas memikirkan bahu sebelah kirimu.

Maka apa lagi yang harus aku lakukan? Belum mampu untuk aku menyeberang lautan. Hanya bunyian nada lagu dari mu yang menggembirakan aku setiap hari.

Usah lah kamu berikan aku ruang. Kejujuran ku juga mahukan balasan. Balasan bukan menuntut wang. Lagakmu yang menjadi pencarian. Aku tidak mahu banyak kerana masa mu dan masa ku tidak terhad. Pertalian kita masih berbisa. Maka aku faham dan cukuplah dengan sekali sekala. Itupun sudah memadai untuk senyumanku.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

Undergoing MyBlogLog Verification

5 komen:

NURIN berkata...

huiyoooo....penangan org tgh bercinta!pergghhh

QaSiyh berkata...

tulisan kamu indah amat...
saya taksub...

Afiqme berkata...

terima kasih atas komen anda berdua... ;)

www.afiqme.com

Tanpa Nama berkata...

mungkin kerana ruang yang diberi terlalu luas,maka dia xsanggup untuk memenuhi ruang itu, maka dia pergi..berlalu...yang tertungu2..
aku....

Afiqme berkata...

segalanya mungkin... ;)