Realiti kehidupan

Kau halakan mata mu tepat ke arah ku lalu kau mula berkata tentang realiti kehidupan sedangkan hanya pandangan pemerhatian yang menjadi sandaran kata-katamu. Aku tersenyum dan angguk sekali sekala mendengar dengan teliti setiap tutur kata mu.

Apa yang menjadi tanaman akalmu hanya di dalam dunia mu sedangkan engkau dan aku hidup di dunia yang lebih luas kurnianNya.


Selesai engkau berkata-kata, aku lantas memberi pandangan ku yang aku juga percaya ia adalah peganganku. Realiti kehidupan mu itu berada di penghujung akalmu. Akalmu pula hasil rintihan dan keluhan sekelilingmu. Maka ia membentuk satu jaringan kepercayaan mu yang engkau katakan ia adalah realiti kehidupan!

Sungguh aku percaya tiadalah satu ciptaan yang mampu memberitahu ku tentang masa hadapanku. Meskipun banyak ramalan yang telah ku dengar, tetapi aku tolak tanpa banyak bicara kerana aku percaya hanya Dia yang mengetahuinya.

Engkau khabarkan pada ku betapa senangnya kehidupan jika aku berjaya ke menara gading. Maka aku bertanya, "Apakah engkau mampu memberi jaminan kepadaku?". Engkau menjawab itulah realiti kehidupan tentang masa hadapan. Aku ukir senyumanku dan berkata, "Masa hadapan adalah satu kurnia. Maka aku menanti dengan penuh sabar dan hanya Dia yang mengetahuinya. Usahlah kau khabarkan ramalan mu kepadaku kerana sandaran ku hanya Dia". Itulah realiti kehidupan khabaran ku. Apa yang menjadi tanaman akalmu hanya di dalam dunia mu sedangkan engkau dan aku hidup di dunia yang lebih luas kurnianNya.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

1 komen:

Tanpa Nama berkata...

,) 10