Cita rasa ku cukup tinggi. Mata ku meliar-liar memerhati, fikiranku berpusing-pusing mengejari, keringatku bersungguh-sungguh mengecapi. Ada yang masih anak-anak dan ada yang sudah dewasa.
Jika kau katakan aku berfantasi, maka biarkan aku. Hidup ku kini lebih bermakna kerana sudah ku tahu maksud hakiki.
Buat yang masih anak-anak itu aku ajar ia satu persatu tentang nilai suatu pencapaian. Buat yang sudah dewasa pula aku sering berpesan supaya ia menjagai sesama sendiri. Tetapi ternyata mereka ini semua indah dan mewah.
Sudah pernah aku duduk di pondok usang. Susah perit sakitnya sudah lama aku hadam. Kini aku di atas awan dan sungguh aku tidak berdusta pada mu, pemandangannya sungguh indah sekali! Ikutlah aku kerana aku tahu itu juga yang engkau mahu. Di sebalik tirai awan itu kebahagiaan, kenikmatan dan kesyukuran.
Sekali lagi ku ulangi, cita rasa ku cukup tinggi! Cita ku sudah mencapai ke atas menara dan rasa ku sudah jauh meninggalkan dunia. Jika kau katakan aku berfantasi, maka biarkan aku. Hidup ku kini lebih bermakna kerana sudah ku tahu maksud hakiki.





0 komen:
Catat Ulasan