Nafsu itu hadir bertemu kekosongan. Tatkala aku memandang sepi ke kanan dan ke kiri, ia mencelah di tengah-tengah pandanganku. Lalu aku menyapa, "Apa pula mahu mu?". Maka ia menjawab, "Aku hanya mahu merangkak kerana apabila aku merangkak, aku akan menunjukkan belakangku. Jika aku menunjukkan depanku maka pasti engkau tahu muslihatku".
Engkaulah kekuatanku, tanpa mu aku tidak mampu melakukan apa-apa
Aku bertanya lagi, "Apakah yang menjadi kekuatanmu?". Ia menjawab, "Engkaulah kekuatanku, tanpa mu aku tidak mampu melakukan apa-apa".
Aku tamatkan perbualanku dengan nafsu. Ia cantik, ia kaya, ia selesa dan ia mewah. Tiada cacat tubuhnya. Ia juga bertanduk. Di sebelah kiri tanduknya adalah pisau yang sangat tajam dan di sebelah kanannya adalah tongkat yang bercahaya.
Aku membalik tubuhnya maka aku ikutinya. Aku luahkan keinginanku padanya dan tidak pernah pula ia menghampakan aku. Ia teman yang hebat di bahu kanan dan kiri ku.
Kata kunci ku pada hari ini: Aku tersenyum pada tiba ku dan aku pasti gundah pada tiba nya.





1 komen:
i hate this..hahah o my gosh puj this one is sooooo nice taw~
susunan kata2 u kali ni cantik..ringkas..
bila da baca skit i teringin nak baca sampai abis heh,p
10!
ha amik haha,D
Catat Ulasan