Hari ini aku tidak menghentak alam kerana aku tahu alam ini menuntut kesebatian. Kesebatian itu kasih sayang, kesebatian itu keserasian, kesebatian itu kesabaran dan kesebatian itu juga adalah ciptaan.
Alam jua lah teman ku di dunia. Ia mendengar, ia berkongsi dan ia luahkan ceritanya padaku.
Alam ini aku kasihi. Maka aku angkat ia dan papah ke perbidaraan yang lebih selesa dan selamat. Aku terus berbicara bersamanya beberapa kali meskipun sekali sekala ia tidak mahu mendengar kata-kata ku.
Alam ini juga kadang kala ia diam. Ia sembunyi apa yang ia rasa. Rasa itu tetap jua ia bersifat rasa. Maka ia melalui saluran tindakan sebagai tindak balas kedalamannya. Aku kunci mulutku apabila ia bertindak. Aku juga mahu melihatnya gembira!
Alam jua lah teman ku di dunia. Ia mendengar, ia berkongsi dan ia luahkan ceritanya padaku. Maka aku dengar, aku gembira dan aku puas. Syukur Ya Tuhan atas kurniaanMu, alam!

2 komen:
Aku dan Alam

(ini agaknya, penulis itu tak berduka dgn alam, kerana alam itu meminta perhatian dan kasih sayang akan jasa nya kpd manusia sesunggohnya dia pun punya rasa sama saperti kita ciptaan nya. benar alam itu jua teman kita apakan tidak, di berinya kita hujan, cahaya, makanan, udara. ia bercerita tentang air telaga, tasik, sungai, gunung ganang dan dari itu jangan kita lupa memberi salam bila ketemunya sesunggohnya dia juga makluk saperti kita).
Alam ini aku kasihi. Maka aku angkat ia dan papah ke perbidaraan yang lebih selesa dan selamat. Aku terus berbicara bersamanya beberapa kali meskipun sekali sekala ia tidak mahu mendengar kata-kata ku.
(penulis amat sayang akan alam lalu di jaga kebersihan, kedamaian, keindahan dan jaga alam dari dicemari makhluk lain. Alam bagaikan merajuk bila ia dicemari kepunyaan nya di ambil berlebehan).
Alam ini juga kadang kala ia diam. Ia sembunyi apa yang ia rasa. Rasa itu tetap jua ia bersifat rasa. Maka ia melalui saluran tindakan sebagai tindak balas kedalamannya. Aku kunci mulutku apabila ia bertindak. Aku juga mahu melihatnya gembira!
(sekali lagi alam ini merajuk dan berdiam diri, kawasan nya di ganggu oleh mereka yg tak bertanggung jawab. Agak nya jika kemarau atau banjir belaku satu tindakan alam lalu penulis tak dpt berkata apa2)
Alam jua lah teman ku di dunia. Ia mendengar, ia berkongsi dan ia luahkan ceritanya padaku. Maka aku dengar, aku gembira dan aku puas. Syukur Ya Tuhan atas kurniaanMu, alam!
(ya, benar alam ada lah teman kita di dunia mengapakan tidak, ia sumber kekuatan kita, ia adalah sumber asli kita boleh minum air telaga yg berseh, dari paip yg berklorin, kita dpt rasa angin yg semula jadi di tepian pantai, kita akan berasa dekat kerana itu asal usul kita kejadian kita, tanah, api , angin, cahaya. begitu lah alam bercerita pada kita.
~rass~
nota: bagaimana ya afiq, apa benar cerita ku diatas. ku pasti kau tersenyum-senyum jangan2 ketawa, tak apa lah daku pun tak nampak. tahu tak afiq, bercerita tentang alam buat ku kerinduan rasa nya mahu pulang ke situ jua. betapa ku rindu kedamaian disana semuanya rentak nya perlahan dan tenang benar2 memberi kententeraman. Jadi kalau hendak kembalikan kekuatan diri pergi lah hiking, treking, camping atau berjalan2 di alam. Afiq disini ku ingin berkongsi tentang artikel mengenai air, ia juga makluk lagi perlu berbicara dgn baik, dia antara alam yg kita cintai. Selamat membaca http://www.life-enthusiast.com/twilight/research_emoto.htm
rass... tepat sungguh bicaramu ... syabas!! memang ini lah yang ingin aku kongsi dengan sahabat2ku ... sesungguhnya alam itu tidak jauh dari kita... ;)
Catat Ulasan