Rasa

Rasa itu berbahasa, tetapi ia tidak berkata. Ia berhubung melalui adabnya tanpa perkakasan rangkai manusia. Rasa itu ada, rasa itu juga tiada. Rasa itu hanya berhenti di persinggahan yang menjemputnya.

Rasa itu berbahasa, maka aku tidak perlu berkata. Kau masih tertanya dan menunggu walaupun kau tahu apa yang aku dan kau rasa. Adakah aku masih perlu melafazkan kata memberi penjelasan apa yang aku rasa? Maka hilanglah seri nya dan lenyaplah misterinya.

Rasa itu berbahasa, sukar untuk berkata, maka aku hadirkan pembayangnya. Mereka berjalan bersama sehingga tiba destinasinya bertemu engkau. Apakah engkau masih sangsi dengan mereka?

Sudah begitu lama aku memejam mata. Menanti engkau untuk membukanya dan membawa aku menikmati keindahan alamNya. Maka itulah yang aku rasa kerana rasa itu sukar untuk berdusta. Begitu juga dengan pembayangnya yang setia.

Aku tersenyum dan engkau gembira. Itu sudah cukup istimewa buat kita sambil menikmati kelazatan rasa.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

8 komen:

cari pa$@l berkata...

Adakah aku masih perlu melafazkan kata memberi penjelasan apa yang kau rasa?

Hanya kau yang tahu menilai tatkala dia diam seribu bahasa


[thats the answer]

rembulan berkata...

rasa..ramai yg tahu menilai..tapi lupa nak menikmati apa yg dirasa..
huhuhu..erm mungkin sebab tu ramai yg lupa utk menghargai apa yg dimiliki waktu ni kan..?,p huhuhu..
rupa nampak gembira..tapi yg didlm tu sebenarnya sengsara..keliru dgn apa yg ada didepan mata
9.5 hee,D

Luth berkata...

Rasa itu adalah rasa. Kenapa? kerana ianya adalah rasa. Ianya merupakan simbolik untuk melambangkan perasaan dan sensasi.

Mudah kata, apa itu masin? Adakah ilmu yang khusus untuk memahami rasa masin? Jawapannya adalah rasa yang secukup rasa..

Pening tak???

Ambo juga merasakan rasa yang telah dirasai oleh demo. Merasakan pe-RASA-an sensasi RASA itu.

Tanpa Nama berkata...

Rasa itu berbahasa, sukar untuk berkata, maka aku hadirkan pembayangnya. Mereka berjalan bersama sehingga tiba destinasinya bertemu engkau. Apakah engkau masih sangsi dengan mereka?
ini satu lagi cerita tentang dua insan yg tak dpt luahkan kata-kata hanya rasa jadi perantaraan nya.

Mereka berjalan bersama sehingga tiba destinasinya bertemu engkau. Apakah engkau masih sangsi dengan mereka?
Persoalan ini dituju pd hati, kerna hati selalunya tak bohong itu lah dia gerak hati.

Aku tersenyum dan engkau gembira. Itu sudah cukup istimewa buat kita sambil menikmati kelazatan rasa.
Persoalan ini di tuju pada insan yg jujur dalam sesuatu perkenalan ini benar berlandasan kejujuran dan ikhlas.

nota: bagaimana afiq betul tak tekaan saya, kejujuran dalam persahabatan sukar dicari. Kan ku cuba ungkai semua puitis disini, memang benar penuh misteri.
~rass~

Afiqme berkata...

syabas rass.. tepat.. tapi setiap kali bila disebut 'rasa' .. maka ia lebih membawa maksud 'rasa cinta' ... jadi ia lebih kepada percintaan... ;)

Tanpa Nama berkata...

ya, benar afiq "rasa" selalu di tujukan pada maksud rasa cinta. cinta itu tak pernah salah asalkan dia tahu jaga batasan, garisan dan peraturan nya. cinta itu bersih suci kalau dijaga dgn baiknya. cinta itu berbagai, baik dlm hal percintaan dua insan, cinta keluarga, cinta negara, cinta sahabat, cinta guru, dan dll lagi. ianya subjektif yg diminta jaga lah ia dgn baik ikut landasan pasti semua akan berakhir dgn baik.

nota: lagi hendak ungkai kebanyakkan tajuk puitis disini juga menerangkan cinta dua insan, alam, ketuhanan, ada macam sejarah peperangan dan lain2, lagi baca. walaupun sukar, ku cuba mengerti terima kasih banyak afiq wujudkan blog ini. Dengan tak secara langsung ku dapat kenali kembali terminologi yg jarang ku gunakan. hingga ketemu lagi.
~rass~

Afiqme berkata...

alam dan ketuhanan itu lagi luas rass ... selamat mengungkai! ... di sebalik kita itu ada Dia... ;)

Tanpa Nama berkata...

memang sebalik kita itu ada dia.
ya, benar, ada berkata bagaimana kamu memandang dia? ada nampak alam baru nampak dia, ada pula nampak dia baru nampak alam. perjalanan ku masih jauh banyak harus ku pelajari. Ya, akan ku ungkai kata2 di semua tajuk disini. Malah sudah ada di benak kepala ku. Tak mengapa jumpa jua nanti.
~rass~