Buat aku untuk hari lahir ku hujung bulan ini.
Zahirnya aku dalam angan ibu ku. Maka, dengan izin itu jadi, dengan izin itu lahir dan dengan izin itu juga kehidupan. Aku mencelik-celik ke kanan dan kiri melihat sekeliling tanpa erti. Terlihat senyuman terukir di bibir insani. Kenikmatan, kesyukuran dan kepuasan menjadi satu, satu itu juga keluarganya dan satu itu juga asalnya.
Maka setiap tahun hari aku lepasi, angka aku daki dan ilmu aku dukungi berjalan di atas titian syukur dan tawakal. Kali ini lebih bererti, perhentian ku kini sebagai musafir suci. Aku belajar tiada henti kerana itulah kurnia ujian, kurnia beban dan kurnia tanggungan.
Aku sudah jumpa dengan pahlawan hati. Aku mulakan bicara untuk memahami lantas aku ungkai-ungkai setiap kata menjadi maksud, setiap gambar menjadi pemandangan dan setiap bunyian menjadi alunan yang indah. Pahlawan hati juga berbisik, "Apakah kau melihat aku setiap jagamu?". Aku mengangguk. Ia menyambung lagi, "Apakah kau tidak lupa menyediakan santapan ku setiap hari?". Aku mengangguk. Ia sambung lagi, "Hati adalah di bawah nama ku, kesyukuran adalah di atas bidara ku, nafsu adalah di dalam tidur ku dan pasti kesabaran adalah puncak kekuatanku. Kau pandanglah ke cermin dan katakanlah kepada pahlawan hati, jagalah di dalam penuh kesyukuran, tidurlah ketika nafsu berkembang dan sabarlah di dalam perjalanan. Maka pasti terbuka simpulan yang bersarang di sebalik penglihatan dan pendengaran kerana engkau di pintu kebenaran."
Maka aku sujud penuh syukur. Tahun ini lebih bererti kerana perjalanan aku lebih suci setelah aku dibebani dengan ilmu lantas ia aku langkaui. Puncak keinginan aku sudah berdiri, penglihatan aku sudah jelas dan pendengaran ku sudah tajam. Semua ia aku tunggangi berjalan bercahayakan kesyukuran dan kesabaran.
Subscribe in a reader

Penghidupan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





1 komen:
SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN
HAPPY BIRTHDAY TO U MUHAMMAD AFIQ
TAKE CARE!!!
take care...
TAKE CARE!!!
HARGAI APA YANG KAMU ADA SEKARANG,
hayati,selami,UNGKAI,SIMPAN,menilai
NESCAYA KAMU AKAN BERTERIMA KASIH SELAMANYE DENGAN-NYA
Catat Ulasan