Pandanglah aku tanpa kata sifat

Terlebih dahulu biarlah aku buka bicaraku dengan apa yang aku maksudkan dengan 'kata sifat'. Kata sifat itu yang aku percaya engkau juga faham adalah seperti sifat berani, degil, baik, jahat, pemurah dan sebagainya.

Kata sifat itu besar pengaruhnya apatah lagi sesudah ia bermaharajalela di dalam sistem kepercayaan berdasarkan perjalanan hidupmu. Ia juga boleh melahirkan perasaan. Contohnya seperti momokan hantu itu 'jahat', maka lahirlah perasaan takut engkau kepada hantu. Banyak lagi perasaan yang boleh hadir dari kata sifat seperti perasaan kagum, sedih dan gembira.

Apa yang menjadi kerisauanku adalah tindak balas yang lahir. Apabila wujudnya perasaan 'takut hantu', maka lawannya itu adalah 'hantu berani'. Dan ia menjadikan hantu itu berani dengan engkau kerana engkau takut. Begitu juga tatkala lahirnya sifat kagum, sudah pastilah tindak balasnya adalah takbur.

Maka, kau pandanglah aku tanpa kata sifat, cukup sekadar 'Afiqme'. Kerana semestinya aku tidak punya apa-apa dan tidak layak untuk apa jua kata sifat. Aku hanya menyampaikan kebenaran kerana aku percaya ia seharusnya menjadi satu perkongsian kerana ia juga bukan milikku. Maka, senyumlah dan khabarkanlah apa saja kepadaku. Tinggi rendahnya aku sama seperti engkau.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

0 komen: