Aku, engkau, kerusi, meja, pena dan apa saja yang melintasi penglihatanmu lain benar rupanya. Ada yang bulat, berpetak, tinggi, rendah dan cantik. Maka kulihat dari satu sudut pandangan yang besar tentang nilai. Benarlah apa yang aku dengar, "pangkalnya kepada Aku jua".
Aku memandang ke arah seekor kucing dan berkata, "Engkau ciptaan dan aku juga ciptaan, apakah ada bezanya kita?". Maka kucing menjawab, "Tiadalah bezanya kita kecuali pada darjat serta bangsa. Syukurlah engkau dikurniakan akal."
Lalu aku menundukkan kepala tanda tunduknya aku pada pencipta. Kucing memberi hormatnya kepada aku dengan kata-katanya, apakah aku mampu untuk mengangkat kepalaku ke atas. Tidak aku berani mengangkat kepala kerana darjahku dusta.
Aku sandarkan sedikit ilmuku ke sebatang pokok, sedikit ke belakang seekor haiwan. Maka semuanya mendapat kebaikannya. Sungguh aku gembira melihat kedua-duanya. Meskipun kita berbeza, tetapi nilai kita masih sama, kita adalah ciptaan.
Kata kunci ku pada hari ini: Pandanglah sekeliling tanpa kerdipan mata, seterusnya tembusi lah pandangan tanpa pemandangan.
Subscribe in a reader

Nilai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





4 komen:
bagos
ade kemajuan...
Hmmm... Nukilan ini sangat menarik. Penuh dengan metafora yang bersifat asli.
Next please.. mesti ada yang lagi menarik ni..
~rassdsini~
Aku, engkau, kerusi, meja, pena dan apa saja yang melintasi penglihatanmu lain benar rupanya. Ada yang bulat, berpetak, tinggi, rendah dan cantik. Maka kulihat dari satu sudut pandangan yang besar tentang nilai. Benarlah apa yang aku dengar, "pangkalnya kepada Aku jua".
(semua yg lihat adalah dari satu ciptaan)
Aku memandang ke arah seekor kucing dan berkata, "Engkau ciptaan dan aku juga ciptaan, apakah ada bezanya kita?". Maka kucing menjawab, "Tiadalah bezanya kita kecuali pada darjat serta bangsa. Syukurlah engkau dikurniakan akal."
(pencipta ada lah sama yg di cipta beza nya akal)
Lalu aku menundukkan kepala tanda tunduknya aku pada pencipta. Kucing memberi hormatnya kepada aku dengan kata-katanya, apakah aku mampu untuk mengangkat kepalaku ke atas. Tidak aku berani mengangkat kepala kerana darjahku dusta
(bersyukur kerna dicipta begitu. yg ini kurang pasti, adakah maksudnya mungkin, adakah kita layak jadi sombong, tentu tidak hanya pencipta itu saja berhak. afiq sorry ya ini aku samar2 sikit).
Aku sandarkan sedikit ilmuku ke sebatang pokok, sedikit ke belakang seekor haiwan. Maka semuanya mendapat kebaikannya. Sungguh aku gembira melihat kedua-duanya. Meskipun kita berbeza, tetapi nilai kita masih sama, kita adalah ciptaan.
(yang ini ku "surrender" ilham tak datang... tapi hanya sedikit saja mungkin maknanya walaupun ciptaan kita berlainan tapi saling membantu hal masing2 dlm urusan dunia.
nota: apa ya afiq, ada kah benar tulisan ku ini. indah puitis mu disemua tajuk walaupun ada masih lagi berat bagi ku. afiq tak perlu komen jika kau tak mahu. ini hanya ku beritahu mu apa ku faham. terima kasih atas penulisan mu yg indah2 ini.
benar bicara mu rass... ia dalah tentang kita semua... semuanya adalah ciptaan.. maka kongsilah kehidupan dan nikmat kita meskipun hanya pada tumbuhan dan haiwan.. ;)
Catat Ulasan