Kuda itu kembar. Sebelah sudah hilang berjalan perlahan-lahan ke utara. Ia sangat perlahan tetapi tidak pula berhenti di mana-mana perhentian hingga sampai ke destinasinya. Ia memilih sebuah pulau di Thai. Ia kembangkan sayapnya dan ia kibar-kibar ke timur dan barat.
Seekor lagi saudaranya berasa sunyi lalu berkata, "alangkah bahagianya jika aku mengembara bersama". Tiba-tiba ia tersedar dan sesal dengan hanya dua kata, alangkah jika! Lalu ia mencabut kedua matanya dari kelopak dan ia berpusing-pusing tanpa henti.
Kuda yang satu lagi dibasahi keringat. Ia pergi ke tepi pantai dan menghirup sedikit air. Masin sudah tidak terasa kerana nikmat sudah atasi parasnya. Ia bawa sedikit bekalan di kaki kirinya dan tidur di sebatang pohon sehingga keesokan harinya.
Raja kuda membentuk kerajaannya. Ia mendongak ke atas dan menunduk ke bawah tiga kali. Ia menggeleng-geleng dan mengangguk pula. Lantas, secebis senyuman lahir bukan lagi di mulutnya, tetapi di matanya.
Kata kunci ku pada hari ini: Percayalah, mulakanlah dan berserahlah.
Subscribe in a reader

Kerajaan kuda
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





1 komen:
sungguh mendalam maksudnye...
Catat Ulasan