Kata pemisah itu pembakar. Jauh sekali untuk ia terbakar. Maka yang terbakar itu ialah aku dan engkau.
Kadang kala ia menjelma membentuk neraca atau lebih berkuasanya ia jika membentuk tangga. Bila ia neraca, maka ada berat dan ringannya. Bila ia tangga, maka ada tinggi dan rendahnya. Bila ia sifat pula, maka ada baik dan jahatnya.
Adakah ianya satu perkiraan? Berkali-kali ku katakan padamu ia pembatas semata-mata. Ia hanya untuk melahirkan perbezaan. Perbezaan yang sebenarnya tiada wujud kepastiannya kerana ia hanya bertulang belakangkan 'rasa'. Tiada siapa yang mampu menanggung kepastian pada sesuatu perbezaan kerana akalmu sendiri masih di perbatasan 'rasa' dan tidak mampu menanggung beban suatu kepastian.
Hati kita juga tiada beza. Strukturnya dan fungsinya sama belaka. Maka aku menyuruhmu membuka pintu hati mu dan palingkan pendengaran mu dari suara hati kelas ketiga agar dapat kau lihat satu pandangan yang melepasi perbatasan akalmu. Jika sebelum ini akalmu melihat aku seorang yang baik, maka kali ini kau akan dapat melihat aku dengan lebih dalam dan lebih jelas lagi.
Maka, tika kau hadir bertemu ku, tinggalkanlah kata pemisah di bidara mu. Usah kau hadir dengan tapi dan tapi. Senyumlah dan bergembiralah kau melihat saudaramu yang sentiasa mengalu-alukan kunjungan mu.
Kata kunci ku pada hari ini: Bunyian di laut itu ikan, bunyian di darat itu lembu dan bunyian di udara itu burung.
Subscribe in a reader

Kata pemisah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





1 komen:
Apakah AKU ini??
Susuk tubuh semata2?
Darah serta berjuta2 sel?
Kayu?
Air?
Agin?
Tanah?
Api?
Cahaya?
Catat Ulasan