Ikatan

Logika itu pembatasan, pembatasan itu engkau, engkau itu simbolika, dan simbolika itu ciptaan. Masih belum sampai ke puncak kerana puncak itu adalah bukti dan nyata. Mahukah kau sertaiku menuju ke puncak? Ia sangat tinggi dan melangkaui pembatasan, maka tanpa rela kau nafikan logika.

Kau sering bermain dengan kata-kata. Kau cuba memahami setiap tutur kata kucing yang engkau bela. Kau terus cuba membaca, membaca dan membaca tetapi kau masih juga tidak faham. Kau masih gigih untuk terus mencuba berhubung dengan kucing kesayanganmu, maka kau bina satu ikatan perhubungan dengannya melalui gerak fizikalnya. Akhirnya kau berjaya memahami kehendaknya. Dari raut wajahnya sehingga ke pergerakan badannya dapat kau fahami. Atas kasih sayangmu juga, kau kongsi makan minum dan tempat tinggalmu.

Sungguh mulia hati engkau. Keinginanmu yang tinggi melangkaui batasan melalui ikatan. Kasih sayang itu pun satu ikatan dan perkongsian juga satu ikatan. Dari ikatan juga terbitnya penglihatan dan kesyukuran. Moga ikatannya erat dan tidak mudah rapuh.

Akan tapi, ikatan itu juga tidak terlepas dari masa. Kerana masa itu terus menelan apa saja yang melaluinya. Apabila tiba masanya, maka ikatan itu terputus dan kau tidak punya lagi apa-apa di sisimu. Di saat itu, hatimu pasti meronta-ronta jika engkau tidak ada ikatan yang hakiki.

Kata kunci ku pada hari ini: Pandanglah dalam tidurmu dan pandanglah dalam kebangkitanmu.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

3 komen:

Mohamad berkata...

bagos♪²

rembulan berkata...

nak tau x..?yg paling jauh tinggalkan kita didunia ni ialah masa..walau selaju mana kita mengejar..ia x pernah simpati utk berhenti..dan membenarkan kita mengambil kembali masa yg da digunakan..
skrg..dgrla pesanan afiqme ni ok,p

afiq..9..grrr,)

Afiqme berkata...

terima kasih rembulan ... perkongsian anda juga menarik dan mengingatkan kembali atas kealpaan ... terima kasih juga atas rate 9 anda... tinggi tu... ;)