Setiap cerita itu ada penghujungnya, seharusnya kau tonton dan nikmatinya dari mula supaya kau benar-benar faham isi ceritanya. Tetapi sungguh aku pelik kau memilih untuk berhenti menonton di tengah-tengah cerita. Matamu berlegar-legar ke tempat lain.
Kau percaya setiap cerita itu ada penghujungnya tetapi kau berhenti di tengah-tengah. Aku tahu kau tidak mahu ceritamu tamat maka kau terus memilih untuk berlengah-lengah di tengah ceritamu. Akan tapi mungkin kau lupa masa itu terus berlalu dan cerita itu tetap menuju penghujungnya.
Sungguh aku tidak mahu penyesalan bersarang di dalam dirimu tatkala cerita yang kita sama-sama tonton itu tamat. Maka aku berbisik halus, "halakanlah matamu, buangkanlah keresahan jiwamu dan nikmatilah cerita ini."
Kata kunci ku pada hari ini: Di sini dan di sana, simbolika itu di tengah dan pasti kebenaran di penghujungnya.
Subscribe in a reader

Cerita kita
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)





2 komen:
kebenaran...7
terima kasih rembulan!
Catat Ulasan