Aku tertimpa, tenangku dan hari lahir sahabatku

Tiga bicara peribadi ku hari ini.

1. Aku tertimpa
Aku ditimpa tertimpa, tetapi aku tidak marah. Aku ditimpa tertimpa, penatku diratah senyum mu. Aku ditimpa tertimpa, kurnia juga tiada tara.

2. Tenangku
Ketenanganku menembusi pandangan mu. Tatkala dua mata menghala tepat ke arah ku, hanya satu yang mampu aku balas. Aku sedar dengan tanya ku dan aku jaga rapi tanpa sangsi. Lambaian satu mata itu pasti kerana ia tiada tempat di halangku. Maka usah kau tertanya lagi dengan apa yang ku hidang di hadapanmu. Kau masih semeja dengan ku, kau masih bual bicaraku dan kau masih menjadi angka di perkiraanku.

Buat satu mata terbalas, kau jaga lah balasan ku, simpanlah di dalam lena mu dan abadikan di dalam lukisan mu. Nama mu pasti mendapat restu ku. Berjalan lah kau berpandukan peta yang sudah ku lukis buatmu.

3. Hari lahir sahabatku
Aku penat, aku merancang dan aku mengembara. Tetapi kepuasan itu tidak putus menghilangkan penatku. Maka gembira-gembira berebut-rebut untuk zahir dari senyumku.

Temanku, selamat hari lahir! Berjalanlah di atas sedarmu dan bersandarlah di atas tawakalmu. Maka perintahkan askarmu kerana tahun ini pasti lebih hebat di bawah jajahanmu.



Gambar oleh: Twisted Maya

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

0 komen: