Aku memilih untuk berdiam diri

Teringin benar aku bertanya kepadamu, jika kau diberi pilihan kata-kata dariku, apakah kau memilih untuk mendengar kata-kata dusta atau yang benar dariku?

Jika kau seorang yang gemuk, apakah kau boleh mendengar lafazku tentang kegemukanmu walhal itulah kebenaran?

Kebenaran itu terlalu besar nilainya bagiku, maka aku memilih untuk berdiam diri kerana jika aku katakan perkara yang benar maka aku perlu memberi penjelasan yang panjang dan terperinci supaya kau faham apa maksud sebenarku tanpa berniat menyakiti dirimu. Jika aku mengatakan sesuatu yang dusta pula, sudah pastilah aku merasa sangat bersalah kerana pangkalnya tetap kebenaran.

Aku selalu berharap engkau adalah saudara rapatku dan telinga yang setia kepada lidahku, maka kegemukan itu dapat menjadi satu perkongsian yang boleh diungkai bersama-sama untuk menuju ke arah kebaikan kerana aku percaya kecantikan itu pasti wujud di sebalik kegemukan itu. Mungkin menjadi kurus salah satu jawapannya. Tetapi akarnya apakah kau sudah bersedia untuk berbicara denganku mengenainya?

Sungguh aku sentiasa mahu melihat kau gembira, bebas dari ketakutan dan menikmati kehidupanmu. Aku ingin menuju sesuatu yang baik dan benar, apakah kau sudi menjadi temanku supaya kita saling membantu menuju ke penghujungnya?

Kata kunci ku pada hari ini: Kukuhlah engkau dengan trilogi suku kata, lemahlah engkau jika hilang kanan dan kirinya.

Subscribe in a reader

Add to Google Reader or Homepage Subscribe in NewsGator Online Subscribe in Bloglines

0 komen: